Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SIS gagal cabar fatwa isytihar organisasi itu ‘sesat’

Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan terhadap fatwa Selangor yang melabelkan Sisters in Islam (SIS) sebagai kumpulan sesat.

Panel tiga anggota yang dipengerusikan oleh Hakim Has Zanah Mehat, dalam keputusan majoriti 2-1, menolak rayuan oleh kumpulan hak wanita itu.

Has Zanah bersama Hakim Che Mohd Ruzima Ghazali membentuk keputusan majoriti manakala Hakim M Gunalan membuat keputusan tidak bersetuju.

Rayuan itu adalah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (bidang kuasa sivil) pada 24 Jun 2016, yang menolak semakan kehakiman kumpulan itu terhadap fatwa 2019 pihak berkuasa agama Selangor yang melabelkan mereka sebagai sesat.

Semasa membacakan keputusan majoriti pagi ini, melaui secara dalam talian, Ruzima berkata, mereka memutuskan bahawa rayuan itu tidak mempunyai merit.

Sebaliknya, kata Ruzima, hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk menentukan isu fatwa itu.

Menurutnya, SIS sepatutnya membangkitkan isu fatwa tersebut di hadapan mahkamah syariah dan bukannya mahkamah sivil.

Bagaimanapun, panel itu membenarkan permohonan peguam, Malik Imtiaz untuk menangguhkan sementara perlaksanaan fatwa tersebut sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Turut serta dalam prosiding terbabit ialah peguam Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor; Yusfarizal Yussoff bagi pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Salim Soib @ Hamid yang mewakili kerajaan negeri Selangor.

Selain itu, keputusan majoriti itu juga mendapati tiada sebarang kekhilafan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membolehkan Mahkamah Rayuan campur tangan.

Pada 27 Ogos 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman SIS untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Nordin Hassan (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkaitan hukum syarak dalam undang-undang Syariah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS