Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM tak goyah komplot 'pengigau' nak jejas kestabilan kerajaan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilihat tidak goyah dengan sebarang komplot yang dikatakan untuk menjejaskan kestabilan pentadbirannya sebagai dibuat oleh "pengigau" yang tak sepatutnya dilayan.

Ditemui pemberita selepas sambutan Hari Buruh peringkat persekutuan di Putrajaya, Anwar tidak menafikan ada komplot seumpama itu tetapi menegaskan parti dalam kerajaan kekal kuat.

"Komplot it ada tetapi tak ada asasnya. Kita tumpu kerja.

Kalau dia tak ada (rancang) komplot, kerja dia apa? Jadi dia jalankan tugas dia (dengan rangka komplot).

"Setiap bulan, ada strategi mereka. Insya-Allah, setakat yang kita pantau kerajaan cukup kuat," katanya.

Kini masuk bulan kelima mentadbir negara, Anwar berkata kerajaannya komited untuk memberi fokus dan menunaikan janji serta berkhidmat kepada rakyat.

"Kita tumpu kerja, jangan layan pengigau," kata pengerusi PH itu lagi.

Khabar angin berkenaan komplot untuk menjatuhkan kerajaan menerusi peletakan jawatan sejumlah ahli parlimen kerajaan, lalu menyebabkan PRK diadakan, mula muncul akhir bulan lalu.

Ahli parlimen kerajaan ini didakwa akan bertanding semula di kerusi mereka di bawah tiket PN.

Dikatakan mendapat sokongan pemimpin PN, khabar angin ini turut muncul di tengah rasa tidak puas hati pihak dalam Umno terhadap kepimpinan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Minggu lalu, Zahid memberi jaminan akan mempertahankan kedudukan kerajaan dengan memastikan tiada MP daripada BN yang keluar parti.

Presiden MCA Wee Ka Siong juga menepis dakwaan yang menamakannya antara ahli parlimen yang menyokong komplot itu.

Di pihak PH, Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata khabar angin bahawa kerajaan akan dijatuhkan tidak patut dilihat sebagai ancaman.

Lihat Komen
ADS