Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi menegaskan setiap individu yang disabit bersalah ada hak untuk memohon pengampunan daripada Lembaga Pengampunan.

Diminta memberi pandangan sebagai pengerusi PH berhubung permohonan bekas perdana menteri Najib Razak, Anwar yang turut menganggotai Lembaga Pengampunan berkata setiap kes akan didengar tanpa prejudis.

"Seperti yang telah saya kata, setiap individu yang disabit atau banduan ada hak untuk merayu dan kita perlu pertimbang kes itu dan menelitinya atas dasar belash kasihan, secara profesional tanpa prejudis.

"Ini pendirian kita. Tetapi dalam mesyuarat terakhir kita tidak pertimbangan semasa perbincangan kita dengan Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Buruh peringkat persekutuan di Putrajaya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi juga mengesahkan Lembaga Pengampunan tidak membincangkan permohonan Najib.

Zahid bagaimanapun berkata perbincangan boleh diadakan kemudian dan menggesa semua pihak menunggu kenyataan dan perkembangan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri yang menjadi sekretariat kepada Lembaga Pengampunan.

Hari ini, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri Khairul Dzaimee Daud mengesahkan sekretariat Lembaga Pengampunan tidak dapat membawa permohonan Najib ke mesyuarat sebelum ini.

Pada 31 Mac lalu, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta, dengan keputusan majoriti 4-1.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS