Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zahid lepas: Hakim putuskan alasan pihak pendakwaan kukuh, kata AGC
Diterbitkan:  Sep 5, 2023 8:45 PM
Dikemaskini: 1:18 PM

Pejabat Peguam Negara mempertahankan keputusan untuk memohon agar Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan ke atasnya.

"Merujuk kepada laporan media bahawa tindakan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Zahid sebagai tidak bermoral, jabatan ini ingin menegaskan bahawa permohonan untuk melepas tanpa membebaskan dibuat kepada mahkamah berdasarkan kepada alasan-alasan yang telah dikemukakan dan telah pun diterima oleh mahkamah.

"Semasa membuat keputusan tersebut, yang arif hakim menyatakan bahawa alasan-alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah kukuh (cogent)," kata Pejabat Peguam Negara dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Keputusan itu dibuat walaupun hakim Collin Lawrence Sequerah mendapati pihak pendakwaan telah mewujudkan prima facie terhadap presiden Umno itu, yang telah diarah untuk membela diri.

Pihak pendakwaan berkata, permintaan DNAA itu adalah atas beberapa sebab, termasuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan lanjut; melihat kemungkinan terdapat pendakwaan terpilih; dan menunggu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat buku yang ditulis bekas peguam negara, Tommy Thomas.


Baca: Pendakwaan kemuka 11 alasan mohon hentikan prosiding kes Zahid


Bagaimanapun ia membangkitkan kecaman pelbagai pihak, antaranya Pengerusi PN Muhyiddin Yassin yang mempersoalkan jika permohonan dibuat atas arahan pihak atasan kerajaan, dan menyifatkannya sebagai "tidak bermoral" dan titik hitam dalam sistem keadilan negara.

Terdahulu hari ini, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga mengancam untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan - yang boleh menyebabkan kerajaan hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat - jika tiada penjelasan diberikan berkenaan perkara itu.

Dua parti komponen PH, iaitu DAP dan Amanah juga menggesa Idrus Harun yang akan tamat kontrak sebagai peguam negara untuk memberi penjelasan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS