Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menjadi pemimpin pembangkang terbaru yang menyertai serangan terhadap cadangan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA).
Alasannya, penduduk Melayu akan diagihkan di antara pangsapuri di tempat-tempat lain secara berkecamuk dan tidak lagi dapat hidup bersama, sekali gus menjejaskan kuasa politik mereka.

Mahathir berkata, jika contoh Singapura bagi pembaharuan bandar ini ditiru, jumlah penduduk Melayu dalam bandar akan berkurangan dan pemisahan kaum menjadi lebih luas.
“Apa yang dilakukan oleh Singapura ialah mengambil alih semua kampung-kampung Melayu dan membangunkan pangsapuri mewah.
“Penduduk kampung diagihkan di antara pangsapuri di tempat-tempat lain secara berkecamuk. Orang kampung Melayu tidak lagi hidup bersama.

“Mereka ditenggelamkan ke dalam perumahan yang majoriti bukan Melayu. Dengan ini kuasa politik orang Melayu terjejas,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Pemimpin veteran itu berkata, walaupun dia memahami pembaharuan bandar perlu dilakukan, namun caranya bukanlah dengan mengeluarkan orang Melayu dari bandar.
“Apa yang dilakukan oleh Singapura ialah mengambil alih semua kampung-kampung Melayu dan membangunkan pangsapuri mewah.

“Dengan orang Melayu hidup terpencil di luar bandar segala kemudahan bandar akan terus tidak dinikmati oleh mereka.
“Dan perpaduan kaum tidak akan berlaku,” kata Mahathir.
BACA LANJUT: PANDUANKINI l Akta Pembaharuan Semula Bandar - Apa kita tahu setakat ini?
Pengkritik pindaan RUU yang dicadangkan itu, terutamanya PAS, mendakwa URA sebagai taktik halus untuk menyingkirkan Melayu miskin keluar dari bandar.
Pemuda PAS, menyifatkan URA sebagai satu bentuk penjajahan moden, iaitu strategi sama yang pernah digunakan untuk mengusir rakyat Palestin keluar dari tanah mereka suatu ketika dahulu.

Pemimpin kerajaan menegaskan URA bertujuan untuk menambah baik atau membangunkan semula bangunan usang dan, dalam beberapa kes, perumahan terbengkalai di bandar-bandar utama dan menafikan bahawa ia akan memindahkan penduduk kerana mereka masih akan mengekalkan pemilikan.
Antara lain, RUU itu akan mengurangkan peratusan persetujuan untuk membangunkan semula perumahan lama daripada 100 peratus pemilik unit kepada 80 peratus atau serendah 51 peratus, bergantung kepada usia dan keadaan perumahan tersebut.
