Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Berani dia tuduh Orang Asli ceroboh tanah’ - Peka selar k’jaan Perak, Jakoa
Diterbitkan:  Apr 18, 2025 11:22 AM
Dikemaskini: 3:22 AM

Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) mengkritik kerajaan negeri Perak dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) berhubung dakwaan pemilik kuari yang mendakwa tanah Orang Asli di Bidor, Perak adalah miliknya.

Presidennya Rajesh Nagarajan mempersoalkan bagaimana syarikat Siong Emas Sdn Bhd diberikan pajakan ke atas tanah itu walaupun ia adalah tanah adat Orang Asli.

Rajesh Nagarajan

“Apa yang dilakukan oleh penjaga Orang Asli, Jakoa? Kerajaan Perak mesti menjawab jenayah ngeri terhadap Orang Asli ini.

"Tanah-tanah itu mesti dikembalikan kepada Orang Asli. Jakoa juga perlu dipertanggungjawabkan kerana gagal melindungi hak Orang Asli," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada 11 April lalu, masyarakat Orang Asli Kampung Chang Lama di Bidor, Perak, membantah dakwaan pencerobohan sebuah syarikat di tanah adat mereka.

Tok Batin (ketua kampung) Dahil Yok Chopil berkata penduduk kampung menemui papan tanda di sepanjang kawasan Jegog dengan nama syarikat itu dan memberi amaran bahawa penceroboh akan didakwa.

“Tindakan ini jelas melanggar prinsip Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asli, kerana persetujuan Orang Asli tidak diperolehi.

“Masyarakat mengalami kejadian berulang kali perampasan tanah untuk projek seperti penternakan babi, penanaman durian musang king, penternakan lembu, chalet, ladang kelapa sawit, penanaman sayur-sayuran, ladang getah, penanaman jambu batu dan pembinaan kuil.

“Projek-projek ini tidak memberi manfaat kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Lama, sebaliknya merugikan, menghapuskan hak mereka ke atas tanah nenek moyang dan wilayah adat mereka, sementara mereka terus hidup di bawah paras kemiskinan,” kata Dahil.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan Siong Emas Tan Ee Tiam menyangkal hujah mereka dengan berkata orang Asli yang menceroboh tanah itu.

Dia menegaskan syarikatnya diberikan pajakan selama 30 tahun untuk tapak tersebut pada 14 Feb 2007, yang tamat tempoh pada 26 Mei 2022.

Tan menambah bahawa pajakan itu dilanjutkan lagi kepada 44 tahun selepas didaftarkan pada 29 Nov 2021 hingga tamat tempoh 25 Mei 2066.

Rajesh berkata dia kecewa kerana Tan berani menuduh Orang Asli menceroboh walaupun mereka tinggal di sana sejak turun-temurun.

“Syarikat perlu diingatkan bahawa tanah terbabit sentiasa menjadi tanah Orang Asli sejak dahulu lagi.

“Ini adalah cara sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dan sebelum penggubalan Kanun Tanah Negara,” tambahnya.

Bagaimanapun, Rajesh menegaskan bahawa punca sebenar di sebalik keadaan itu tidak lain adalah kerajaan Malaysia, yang gagal melindungi hak Orang Asli.

“Pelaku bersama ialah Pejabat Tanah Perak, yang melihat kewajaran menandatangani tanah milik Orang Asli kepada sebuah syarikat swasta,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS