Kerajaan Madani meningkatkan penggunaan undang-undang yang disifatkan drakonian (keras dan kejam) sebanyak 23.3 peratus sejak tahun lepas, menurut Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).
Dalam laporan 'Freedom of Expression in Malaysia 2025', ia mengatakan Putrajaya telah menggunakan undang-undang kawal selia sebanyak 233 kali tahun ini berbanding 189 kali pada 2024.
"Terdapat perubahan ketara dalam corak tersebut. Ia bukan tentang apa yang kita lihat semasa pentadbiran bekas perdana menteri Najib Razak. Kebanyakannya (pada masa itu) adalah sasaran politik.
"Di sini kita melihat dua gambaran: pertama, sasaran politik (dan) kritikan politik masih melalui penapisan dan sekatan.
"Tetapi sebaliknya, kita melihat isu moral berada di barisan hadapan. Moral awam telah menjadi pengawasan moral dan kita melihatnya merentasi pelbagai sektor komuniti kita dan pelbagai sektor kehidupan kita," kata pengarah eksekutif CIJ, Wathshlah Naidu, semasa pelancaran laporan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pagi ini.
[Laporan lanjut menyusul]
