Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Fahmi: Kod pakaian akan dikecualikan di 'perkhidmatan barisan depan’

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Shamsul Azri Abu Bakar akan meneliti pekeliling 2020 berhubung pemakaian di premis awam, berdasarkan keputusan kabinet hari ini berhubung pengecualian untuk “perkhidmatan berisan depan”, termasuk di balai polis.

Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata pelaksanaan pekeliling itu dinilai semula ketika mesyuarat kabinet hari ini, selepas seorang wanita dilarang masuk ke balai polis kerana pemakaiannya.

“Baru-baru ini, timbul isu serang individu tak dibenarkan masuk untuk buat laporan polis kerana isu pakaian.

“Jadi KSN akan meneliti semula pekeliling dan buat beberapa penambahbaikan,” katanya ketika sidang media selepas mesyuarat kabinet di Parlimen hari ini.

Fahmi berkata lagi, kabinet setuju perkhidmatan barisan depan penting, terutama berkenaan keselamatan dan kesihatan, perlu dikecualikan daripada garis panduan 2020 itu.

“Ini termasuk balai polis,” kata Menteri Komunikasi itu lagi, sambil menambah pejabat KSN akan meneliti perkara itu secara terperinci sebelum mengeluarkan pekeliling yang dikemas kini.

Kenyataan dan arahan baru dijangka dikeluarkan tak lama lagi, katanya lagi.

“Pandangan Perdana Menteri adalah dalam isu keselamatan melibatkan balai polis, bagi mereka yang ingin buat laporan, seharusnya tidak berlaku apa-apa keadaan yang menghalang mereka daripada membuatnya,” katanya lagi.

Pada Isnin lalu, seorang wanita dan anak perempuannya dilarang daripada memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin di Melaka kerana wanita itu memakai skirt yang lebih singkat sedikit dari paras lutut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS