mk-logo
Berita
Pilihan raya datuk bandar KL: Jangan takut dengan kajian, kata Yeoh
Diterbitkan:  Feb 2, 2026 3:49 PM
Dikemaskini: 7:49 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh mempertahankan “kajian”, susulan  bantahan yang disuarakan terhadap kajian kebolehlaksanaan mengadakan pilihan raya datuk bandar bagi Kuala Lumpur.

Dalam hantaran di Facebook, Yeoh menegaskan data serta fakta yang tepat diperlukan bagi mencapai keputusan yang meyakinkan.

Dalam hantaran itu – yang disifatkannya sebagai renungan sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini – ahli Parlimen DAP itu menekankan bahawa “jangan sesekali takut dengan kajian”.

Perbandingan ‘pros and cons’ (baik dan buruk) membolehkan kita membuat keputusan dengan cermat, menjimatkan masa dan tenaga daripada melakukan kerja yang tidak membawa manfaat serta mengelakkan kesilapan.

Kajian akan membuatkan kita lebih bijak. Kajian juga satu proses mendapatkan keputusan yang lebih baik,” katanya.

Guna kebijaksanaan untuk memimpin

Mengimbas kembali proses pembelajarannya untuk meraih ijazah undang-undang, Yeoh berkata kebijaksanaan ialah unsur penting bagi seorang pemimpin yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin rakyat.

Semalam, China Press melaporkan bahawa kementerian Yeoh sedang mengkaji pilihan raya datuk bandar, dengan Yeoh berkata langkah tersebut lebih praktikal berbanding memilih ahli majlis bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Parti-parti Melayu berhaluan kanan telah lama menentang pilihan raya kerajaan tempatan, atas dasar ia akan menghakis kuasa Melayu di kawasan bandar yang majoriti penduduknya bukan Melayu.

Susulan kenyataan Yeoh, beberapa pemimpin Umno menolak langkah menjalankan sedemikian, dengan tumpuan kepada sentimen Melayu berbanding merit pelaksanaan pilihan raya tersebut. 

Pemuda PAS Selangor pula memberikan respons yang lebih sedernahana terhadap cadangan itu, antaranya dengan menyatakan bahawa ia memerlukan penelitian secara berhati-hati dan rasional.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS