Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Di tengah pertikaian tanah, kuil di Dengkil didakwa jadi sasaran khianat
Diterbitkan:  Feb 28, 2026 3:24 PM
Dikemaskini: 7:24 AM

Kuil Sri Maha Mariamman di Dengkil, Selangor - yang terlibat dalam pertikaian tanah - didakwa menjadi sasaran serangan khianat bakar pada siang hari semalam.

Dalam hantaran di Facebook semalam, aktivis Arun Dorasamy mendakwa pelaku di sebalik serangan tersebut dipercayai telah membakar timbunan kertas tebal bagi membakar pintu kayu bilik stor kuil.

Menurutnya, stor kuil menyimpan peralatan penting termasuk set penjana dan barangan lain dengan anggaran nilai antara RM20,000 hingga RM30,000.

Namun demikian, kebakaran tersebut gagal merebak. Bahang api telah menyebabkan paip plastik di bahagian bawah pintu mencair, sekali gus membolehkan air mengalir keluar dan membantu memadamkan api daripada terus marak,” katanya yang merupakan wakil NGO Temple Preservation Action Team (Tepat).

Dia berkata insiden itu boleh mengakibatkan kerosakan besar dan risiko keselamatan serius sekiranya api merebak ke dalam stor.

Sebarang cubaan untuk merosakkan atau mengugut rumah ibadat adalah suatu kesalahan berat dan mencabul keharmonian masyarakat majmuk negara ini.

Arun Dorasamy

Kami menyeru semua pihak agar bertenang dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara profesional,” katanya lagi.

Menurut laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang oleh pengerusi kuil awal pagi tadi, kesan kebakaran itu dikesan pada sekitar jam 5.30 petang.

M Paramaguru mendakwa kebakaran tersebut telah merosakkan bilik stor, dapur dan kawasan tandas.

Dia berkata punca kebakaran masih belum dipastikan namun kejadian itu menyebabkan dia rasa takut dan tertekan.

Awal bulan ini, Paramaguru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas pertuduhan pencerobohan jenayah, atas dakwaan memasuki tanah persendirian tanpa kebenaran.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan, denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya.

Suhaili Ahmad, iaitu pemilik tanah di mana kuil itu dibina, sebelum ini menafikan wujudnya struktur kuil ketika dia membeli tanah tersebut.

Dia memberitahu Malaysiakini bahawa hanya terdapat sebuah "kuil beroda" yang diletakkan di tapak berkenaan dan ia tidak melibatkan struktur kekal.

“Jika saya tahu bahawa terdapat sebuah kuil yang menduduki tanah itu, saya tidak akan membelinya walaupun harganya 10 sen,” kata Suhaili.

Kenyataan itu selepas pihak kuil menafikan bahawa ia “haram”, menegaskan bahawa mereka telah bersedia untuk berpindah sejak bertahun.

Namun, pihak kuil berkata kerajaan Selangor tidak pernah menyelesaikan dokumentasi untuk memuktamadkan tanah gantian yang diperuntukkan pada 1997.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS