Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Rafizi, Nik Nazmi umum kosongkan kerusi, ambil alih Parti Bersama
Diterbitkan:  May 17, 2026 2:56 PM
Dikemaskini: 8:48 AM
3

Bekas menteri, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan langkah untuk mengambil alih Parti Bersama Malaysia.

Perkara itu diumumkan dalam satu majlis khas yang diadakan di Petaling Jaya hari ini.

Parti Bersama Malaysia - atau Malaysian United Party - didaftarkan pada tahun 2016 di Pulau Pinang.

Turut diumumkan ialah logo baru parti itu iaitu kancil bagi menggantikan logo lamanya sebelum ini.

Sementara itu, lima lagi Ahli Parlimen PKR turut hadir dalam majlis berkenaan dan dilihat bergambar bersama Rafizi dan Nik Nazmi.

Mereka ialah Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Wong Chen (Subang), Rodziah Ismail (Ampang), Kesavan Subramaniam (Sungai Siput), dan Zahir Hassan (Wangsa Maju).

Turut diilihat hadir kemudiannya ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chun.

Pada akhir ucapannya, Rafizi mengumumkan dia dan Nik Nazmi akan mengosongkan kerusi Parlimen yang disandang mereka pada Isnin ini, dan akan menghantar surat peletakan jawatan kepada PKR bagi menyertai Bersama sebagai ahli pada Selasa.

Rafizi juga mengumumkan pendaftaran untuk Bersama telah dibuka di laman webnya.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
3
ADS