mk-logo
Berita
Kecewa, mangsa tsunami pilih pembangkang
Diterbitkan:  Feb 27, 2008 2:05 AM
Dikemaskini: 6:14 AM

Mangsa bencana tsunami di Kedah mahu mengundi pembangkang dalam pilihanraya umum 8 Mac depan kerana kerajaan gagal menunaikan janjinya untuk menyediakan mereka rumah baru serta berlakunya penyalahurusan wang sumbangan bencana tersebut.

Di pekan Kota Kuala Muda, penduduk yang rumah mereka musnah dilanda ombak besar sewaktu bencana tsunama berkata, lebih tiga tahun telah berlalu, tetapi kerajaan masih gagal menunaikan janji tersebut.

boat undp kuala muda tsunami "Saya diberi surat dan kunci oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2005 untuk tempat tinggal sementara, dengan janji kami akan dipindahkan ke rumah baru," kata Abdul Wahab Zainon.

"Saya patah hati bila janji tersebut tidak dikotai. Saya tidak tahu mengapa mereka melakukan ini terhadap saya," kata Abdul Wahab, 57, yang masih tinggal di rumahnya yang rosak, bersama keluarganya.

Tragedi pada tahun 2004 itu melanda kawasan pantai di banyak negara, yang mengorbankan 66 nyawa di Malaysia, sebahagian besarnya di Pulau Pinang.

Kota Kuala Muda mengalami kerosakan teruk apabila rumah dan bot-bot penduduk musnah dalam bencana tersebut, dengan kira-kira 700 rumah kayu rosak atau musnah bersama 12 nyawa.

Kebanyakan penduduk di kawasan tersebut nelayan dan petani, dengan pendapatan hanya kira-kira RM500 sebulan.

Abdul Wahab berkata, kawasan itu dulunya kubu kuat Umno, yang menjadi tulang belakang parti pemerintah negara ini sejak 1957.

Tetapi Abdul Wahab berkata, seperti ramai penyokong kerajaan lainnya, kesetiaannya telah berubah selepas beliau menerima bantuan hanya suku daripada RM10,000 yang dibelanjakan untuk memperbaiki rumahnya.

"Kita semua akan sokong PAS atau Keadilan," katanya, merujuk kepada dua parti pembangkang utama dalam pilihanraya umum kali ini.

Korupsi dan pembaziran

Seorang lagi penduduk yang tidak berpuas hati, Shafigam Shuib, 32, berkata rakyat Malaysia telah menyumbang kira-kira RM85 juta untuk tabung bantuan bencana tsunami tetapi tidak tahu apa yang jadi dengannya.

Beliau menunjukkan beberapa struktur yang terbengkalai - gerai makan, dewan orang ramai dan muzium tsunami - yang hanya separuh dibina selepas tragedi tersebut dan kini menyakitkan mata memandang.

long house kuala muda tsunami "Ini adalah satu kes klasik korupsi dan pembaziran. Apakah kita perlukan struktur-struktur tersebut? Tidak. Mengapa bazirkan wang? Ia sepatutnya digunakan untuk menaiktaraf rumah kami yang rosak dan jalan yang banjir setiap kali hujan lebat.

"Saya akan undi PAS. Saya tidak mahu Umno menang," katanya.

Di seberang sungai di pekan Kuala Muda, kerosakan yang berlaku di situ adalah minima tetapi kerajaan berkata akan turut memindahkan penduduknya ke tempat yang jauh dari pantai. Mereka juga masih menunggu untuk dipindahkan.

"Untuk menemui ahli politik parti pemerintah adalah mustahil. Hanya kroni-kroninya sahaja yang dapat menemuinya. Ramai pemuda yang telah meninggalkan Umno," kata Latif Hashim, 32.

Pasang bendera PAS

"Sekarang saya panjat pokok untuk memasang bendera PAS. Saya mahu mengundi pembangkang dalam pilihanraya kali ini," katanya.

Di Kuala Muda, skim perumahan dibina untuk mangsa tsunami tetapi banyak yang masih kosong.

Seorang ahli PAS di situ, Zulkifli Ishak berkata, ia menjadi pekan hantu kerana penduduknya tidak mampu membayar RM40,000 kos bagi setiap rumah tesebut.

Kuala Muda terletak bawah dua kawasan parlimen - Merbok dan Sungai Petani - kedua-duanya kubu kuat Umno.

Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2006 mendapati berjuta-juta ringgit wang sumbangan bantuan tsunami telah disalahurus.

Laporan itu menyentuh kualiti membaiki rumah serta pembinaan rumah yang tidak bermutu di Pulau Pinang dan mendapati "kontraknya tidak ditandatangani, projek-projek lambat disiapkan dan kurang berkualiti". Berita asal

Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS