Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dua petugas urusetia Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dipanggil polis, dipercayai berhubung perhimpunan besar-besaran pada November lepas.

pkr declare minister asset pc 240308 faisal mustaffa Faisal Mustaffa dan Madeline Chang akan bertemu ibu pejabat polis Bahagian Jenayah Perdagangan pada pagi Khamis ini.

Menurut Faisal, mereka dihubungi seorang pegawai berpangkat ASP kira-kira seminggu lalu.

Tambahnya, lima hari selepas perhimpunan 10 November lalu, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dipanggil oleh bahagian yang sama untuk memberikan keterangan.

Lima pemimpin itu: naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, ahli jawatakuasa DAP pusat Ronnie Liu, naib presiden PAS Mohamad Sabu, ahli-ahli jawatankuasa PAS Dr Syed Azman Nawawi dan Mohd Anuar Tahir.

Faisal berkata, keterangan ini kali pertama diberikan kepada polis selepas perhimpunan tersebut.

Beliau percaya siasatan polis itu berkaitan dengan perhimpunan tahun lalu yang dihadiri kira-kira 40,000 penyokong pembangkang.

Polis memaklumkan siasatan masih belum selesai, kata Faisal lagi, maka mereka memerlukan keterangan beliau dan Chang.

Beliau menjelaskan setakat ini hanya mereka berdua sahaja daripada urusetia Bersih yang dihubungi.

Beliau juga mempertikaikan tindakan polis tersebut -- selepas tujuh bulan demonstrasi itu berlangsung -- dan menganggap ia sebagai usaha "menakut-nakutkan rakyat".

"Kenapa sekarang? Ia untuk menakut-nakutkan rakyat untuk berhimpun dan menakut-nakutkan urusetia yang akan mengadakan perhimpunan lebih besar," kata Faisal.

ADS