Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

dikemaskini Pegawai kanan menteri besar Selangor, yang disiasat berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam pengagihan kontrak pembuangan sampah di Petaling Jaya, digantung tugasnya selama dua bulan.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pegawai tugas-tugas khas itu telah dimaklumkan tentang penggantungan mulai semalam melalui mesej SMS "agar beliau tidak terperanjat".

Surat rasmi tindakan itu dikeluarkan hari ini, kata pejabat menteri besar dalam satu kenyataan.

"Dalam tempoh penggantungan ini, kerajaan negeri akan melakukan siasatan menyeluruh dan terperinci berkaitan segala urusan pentadbiran yang telah beliau uruskan sebelum ini," kenyataan itu dipetik.

Pada 10 Jun lalu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) memanggil pegawai kanan berkenaan selama empat jam berhubung siasatan kes kelulusan kontrak dan tender pembersihan serta kutipan sampah yang melibatkan kawasan Petaling Jaya.

selangor mb sinar harian aca report 060608 Siasatan itu susulan aduan sekumpulan empat orang (foto kiri) pada 5 Jun kepada BPR dengan dakwaan pegawai kanan tersebut menggunakan kepala surat pejabat menteri besar tanpa keizinan.

Di sidang medianya pagi tadi, menteri besar itu berkata jika tidak bersalah, pegawai kanan itu akan diambil semula bekerja.

"Kita tulus, kita kena buat dengan betul. Kalau pegawai itu tidak bersalah maknanya dia akan diambil balik untuk bekerja, kalau bersalah kita akan ambil tindakan yang sewajarnya," katanya selepas melancarkan Pusat Khidmat Merakyatkan Ekonomi Selangor (M.E.S) di Shah Alam.

Abdul Khalid menambah, siasatan BPR mendapati pada keseluruhannya ia bukanlah kesalahan daripada segi undang-undang tetapi daripada segi "tingkah laku yang tidak wajar".

"Boleh jadi dengan perkara itu ada andaian konflik kepentingan atau sokongan tidak wajar," katanya lagi, sambil menambah beliau merujuk perkara itu dengan seorang pegawai BPR.

Beliau berkata surat penggantungan kerja itu bagi membolehkan siasatan ke atas fail-fail berkenaan.

yahya sahri Setiausaha politiknya Nik Nazmi Nik Ahmad diarahkan bertemu empat ahli PKR yang membuat kenyataan berkenaan pegawai kanan itu.

Jika didapati perkara itu sangat serius, tambah Khalid, kerajaan negeri akan mengemukakan kes itu kepada Jawatakuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) untuk siasatan lanjut.

Dihubungi hari ini, pegawai tugas-tugas khas menteri besar itu Yahya Sahri (foto kiri) , mengesahkan penggantungannya.

Beliau dijadual mengadakan sidang media 4 petang ini di lobi bangunan Parlimen. Sehingga jam 4.55 petang, Yahya tidak kelihatan.

Beliau telah mengirim surat peletakan jawatan tersebut 3.45 petang tadi, dan turut melepaskan jawatan setiausaha perhubungan PKR Selangor.

Abdul Khalid, selepas melepaskan jawatan setiausaha agung PKR apabila dilantik menteri besar, diberikan tanggungjawab sebagai pengerusi badan perhubungan PKR negeri.

ADS