Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan telah meluluskan permohonan akhbar rasmi PAS, Harakah untuk diterbitkan dua kali seminggu, seperti sebelumnya.

Lembaga pengarah Harakah mengemukakan permohonan tersebut sejurus selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman mengesahkan pihaknya telah menerima surat kelulusan tersebut daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.

harakah and kementerian dalam negeri home affairs ministry permit Pada masa ini, Harakah diterbitkan dua kali sebulan, sejak tahun 2000.

Surat kelulusan dari KDN itu juga menyebut antara syaratnya ialah melaporkan aktiviti pertubuhan tersebut (parti PAS).

Mengenai tarikh pertukaran kekerapan penerbitan Harakah, Ahmad Lufti berkata, ia tidak dimaklumkan dalam surat tersebut.

Sebelum pilihanraya umum 8 Mac, jumlah edaran Harakah ialah kira-kira 140,000 naskhah.

"Selepas pilihanraya umum lalu, jumlah edarannya telah meningkatkan kepada 250,000 naskhah," katanya.

Mungkin operasi serta-merta

Pengarah urusan Harakah dan juga setiausaha agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar berkata, dengan kebenaran KDN itu, "mungkin operasi penerbitan akan berkuatkuasa serta-merta".

"Saya telah menulis surat kepada menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mengucapkan terima kasih berhubung perkara itu," katanya, lapor Harakahdaily.net awal malam ini.

Kamarudin, juga ahli parlimen Tumpat, dilaporkan berkata keputusan kementerian itu sebagai "satu langkah yang boleh dikatakan ke arah melonggarkan sedikit kebebasan media".

djz convention 101205 ahmad lutfi Mengenai langkah akhbar itu seterusnya, Ahmad Lutfi (foto) berkata, beliau akan merujuk kepada pihak atasan Harakah mengenai soal editorial dan beberapa perkara yang perlu diubahsuai, terutama mengenai kesediaan kilang cetak dan pengedar akhbar.

Menurutnya, jabatan pengarang Harakah juga memang mampu dan bersedia untuk menerbitkan akhbar tersebut sebanyak dua kali seminggu.

Ditanya mengenai keputusan KDN itu, Ahmad Lutfi mengalu- alukannya dan melihatnya sebagai satu perkembangan yang positif.

Beliau berharap, ia menjadi satu permulaan untuk membuka ruang kepada kebebasan media dan demokrasi.

" Harakah tidak semata-mata akhbar parti, tetapi ia juga bertanggungjawab untuk menyuarakan kebenaran," katanya.

Beliau menyifatkan perkara itu sebagai satu perkembangan yang menarik.

ADS