BERITA

'Giliran orang Johor jadi presiden'

Abdul Rahim Sabri

Diterbitkan
Dikemaskini 26 Jul 2008, 9:44 pagi

Sudah tiba masanya jawatan presiden dan timbalan presiden dipertandingkan, kata ketua Umno Cawangan Desa Jaya, Abdul Muhamad Talib Ngah.

muhyiddin yasin muhyiddin yassin "Dan sudah tiba masanya orang Johor dicalonkan memegang jawatan presiden. Tan Sri Muhyiddin Yassin layak memegang jawatan tersebut.

"Ini kerana beliau telah membuktikan kemampuannya melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan kepadanya selama ini," kata Abdul Muhamad Talib

Tugas-tugas yang diamanahkan itu merangkumi dalam parti dan juga dalam kerajaan.

Muhyiddin sekarang adalah naib presiden Umno dan memegang portfolio Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sebelum ini, beliau telah diamanahkan memegang jawatan Menteri Pertanian dan Asas Tani.

shahrir samad 250907 Umno bahagian Johor Bahru diketuai oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

"Usul mencadangkan Tan Sri Muhyiddin sebagai presiden di persetujui sebulat suara dalam mesyuarat cawangan 19 Julai lalu," katanyaAbdul Muhammad Talib Ngah ketika dihubungi Malaysiakini .

Tidak dipengaruhi

Ketua Umno cawangan itu menjelaskan kehadiran ahli dalam mesyuarat adalah 81 orang ahli cawangan. Ia telah diadakah di Dataran Kg Desa Jaya.

Abdul Muhammad Talib juga menjelaskan usul Umno cawangan itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Umno cawangan Desa Jaya adalah cawangan pertama dalam bahagian Johor Bharu yang mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding untuk merebut jawatan nombor satu itu dalam parti.

Sehubungan itu, Abdul Muhamad Talib menegaskan bahawa ahli-ahli akar umbi di situ mahukan demokrasi.

"(Kami) mahukan kebebasan bersuara dan tidak berniat untuk menjatuhkan seseorang. Kami cuba buat perubahan dan perubahan itu kita rasai bersama," jelasnya.

Abdul Muhamad Talib juga menjelaskan bahawa beliau tidak bersetuju berpolitik untuk menjaga hati orang lain.

"Jangan takut untuk menyuarakan pandangan. Asalkan pandangan itu tidak menyalahi etika dan perlembangaan parti dan undang-undang (negara)," katanya.

Selain Muhyiddin, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah diusulkan oleh dua cadangan di Pahang untuk bertanding jawatan presiden

Dua cawangan tersebut ialah Umno Bukit Kuantan 3 (bahagian Paya Besar) dan Umno Kampung Ubai (bahagian Pekan).

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.