Bacaan IPU lebihi 200, sekolah di Lubok Antu dan Kanowit ditutup
Semua sekolah rendah dan sekolah menengah dalam pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lubok Antu dan PPD Kanowit ditutup sementara hari ini susulan jerebu yang menjejaskan kualiti udara di kawasan berkenaan.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak memaklumkan keputusan itu dibuat susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) direkodkan di kawasan tersebut pada 9 pagi tadi.
“Sehubungan itu, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan,” menurut JPN Sarawak dalam kenyataan hari ini.
JPN Sarawak turut menjelaskan bagi sekolah berhampiran daerah yang merekodkan bacaan IPU melebihi 200, guru besar dan pengetua boleh mempertimbangkan pelaksanaan PdPR dengan mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan murid.
“Sekiranya trend bacaan IPU menunjukkan penurunan (bacaan IPU bawah 200), maka guru besar dan pengetua boleh mengambil tindakan bagi persediaan pembukaan semula sekolah,” menurutnya.
- Bernama
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.