Zahid, Ismail tidak dititahkan menghadap Tuanku Muhriz
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata dia dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim tidak dititahkan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di ibu negara petang semalam.
Ahmad Zahid berkata, pihaknya hanya mengetahui mengenai perkara itu menerusi laporan media.
"Tiada. Saya dan Menteri Besar Negeri Sembilan tidak pernah dititah untuk menghadap.
"Kami tahu hanya daripada media sahaja," katanya seperti dilapor Harian Metro ketika ditemui selepas merasmikan University Research and Innovation Investment Summit (EURES) 2026 di Kuala Lumpur.
Semalam, media melaporkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menghadap Tuanku Muhriz di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan hampir sejam susulan perkembangan kemelut membabitkan institusi diraja dan pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan.
Media melaporkan Ahmad Zahid dan Ismail turut bersama Perdana Menteri menghadap Tuanku Muhriz.
/file/attachments/orphans/test22_161114.jpg)
