‘Apa sebenarnya pendirian PAS dalam kemelut istana NS?’
PAS digesa menyatakan pendirian dalam isu kemelut takhta melibatkan istana Negeri Sembilan.
Ketua Penerangan Pemuda PKR (AMK) Danish Hairudin berkata exco PAS dalam kerajaan menyokong proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tetapi parti itu sendiri masih diam.
“Jangan jadikan diam sebagai jalan keluar. PAS mesti jawab.
“Rakyat berhak tahu siapa yang membuat keputusan, siapa yang menyokongnya, dan siapa yang perlu bertanggungjawab.
“Ini persoalan tentang tanggungjawab politik.” kata Danish.
Dalam kenyataan hari ini, AMK menegaskan bahawa rakyat berhak tahu pendirian PAS memandangkan pemimpinnya sering lantang bercakap soal kedaulatan institusi diraja.
“Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Tuanku Muhriz) telah membatalkan pelantikan ahli-ahli Exco susulan pertikaian tersebut.
“Dalam keadaan penting ketika ini, diam bukan sebuah jawapan. PAS mesti jelaskan pendiriannya dan peranan wakilnya kepada rakyat Negeri Sembilan,” katanya.
Kemelut takhta Negeri Sembilan menyaksikan persaingan antara Tuanku Muhriz dan
Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar yang disokong oleh kumpulan undang sebagai raja pentadbir bersama.
Kuasa eksekutif—menteri besar dan exco—menyokong Tuanku Muhriz. Anwar semalam Tuanku Muhriz di Kuala Lumpur tetapi tiada sebarang pengumuman dibuat selepas itu.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/04/a3fe5a7c8047a9d7cc5431a58d4dc89a.jpg)
