Dr Hasmah meninggal dunia
Dr Hasmah Mohamad Ali, isteri bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia hari ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Bernama memetik anaknya, Mokhzani Mahathir mengesahkan berita duka itu.
Dr Hasmah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-100 pada Julai lalu.
Dr Hasmah, yang membawa gelaran Tun, dilaporkan merupakan antara doktor wanita Melayu yang terawal apabila mula berkhidmat pada pertengahan tahun 1950-an.
Dr Hasmah mendirikan rumah tangga dengan Mahathir pada 1956 dan meraikan ulang tahun perkahwinan ke-70 mereka pada bulan Ogos.
Pasangan itu dikurniakan tujuh anak.
Pada 2024, Dr Hasmah menjelaskan dalam satu temu bual bahawa dia sebenarnya tidak pernah mempunyai nama "Siti", namun nama itu diberikan kepadanya oleh orang lain disebabkan oleh populariti nama tersebut yang meningkat pada tahun 1990-an.
Dia kemudiannya meminta agar dikenali sebagai Dr Hasmah.
/file/attachments/orphans/fasdasdasd_984472.png)
/file/attachments/orphans/1_159874.png)
