Allahyarham Siti Hasmah Mohd Ali yang menghembuskan nafas terakhir hari ini akan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara dan dikebumikan di Pusara Negara Presint 20 di Putrajaya.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan jenazah akan dibawa ke Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, Selangor pada 1.30 tengah hari bagi pengurusan jenazah dan penghormatan terakhir.

“Jenazah akan disembahyangkan selepas solat Asar di Masjid As-Syarif dan seterusnya dikebumikan di Pusara Negara Presint 20, Putrajaya.

“Kerajaan memutuskan supaya Allahyarham Siti Hasmah diberikan penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara,” menurut kenyataan itu.

JPM memaklumkan pakaian bagi pelawat lelaki Islam ialah baju kebangsaan berwarna hitam, bersamping hitam tanpa sebarang corak dan bersongkok hitam, manakala bagi bukan Islam ialah lounge suit gelap selain pakaian lain yang bersesuaian boleh dipakai.

“Pakaian bagi pelawat wanita Islam ialah baju kurung/kebaya labuh berwarna gelap dengan selendang/tudung putih, manakala bagi bukan Islam pakaian sopan berwarna gelap dan berselendang putih selain pakaian lain yang bersesuaian boleh dipakai,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata Jenazah Dr Hasmah akan disemadikan bersebelahan pusara Tun Endon Mahmood di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA) susulan keputusan keluarga untuk mengebumikan Allahyarham di Pusara Negara.

"Dalam kenyataan media, Pejabat Perdana Menteri, pihak kerajaan telah mengarahkan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dan Tan Sri Panglima Angkatan Tentera untuk memastikan istiadat pengebumian pembesar negara diberikan buat Dr Siti Hasmah," katanya kepada media selepas memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Seri Kembangan hariHasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi inBerita pemergian Allahyarham disahkan anaknya Mokhzani Mahathir ketika dihubungi Bernama hari ini.

Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak.

Berita pemergian Allahyarham disahkan anaknya Mokhzani Mahathir ketika dihubungi Bernama hari ini.

Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak.

- Bernama