M’sia kutuk keras pencerobohan terbaru Israel di Masjid Al-Aqsa
Malaysia mengutuk keras pencerobohan beramai-ramai ke atas kawasan Masjid Al-Aqsa oleh lebih seribu pendatang haram Israel dan pegawai kanan, termasuk Menteri Keselamatan Negara Itamar Ben-Gvir.
Kementerian Luar Negeri menyatakan bahawa pencerobohan ke atas Tapak Suci di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki pada 28 Sept itu berlaku bawah perlindungan pasukan Israel.
Wisma Putra berkata pencerobohan berulang itu melanggar undang-undang antarabangsa serta status quo sejarah dan undang-undang Al-Haram Al-Sharif yang ditetapkan.
"Tindakan ini bukan provokasi terpencil, sebaliknya merupakan sebahagian daripada percubaan berterusan rejim Zionis Israel untuk mengubah identiti dan watak Masjid Al-Aqsa dan Baitulmuqaddis Timur yang diduduki," kata kementerian itu dalam kenyataan hari ini.
Mendesak campur tangan segera, Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan masyarakat antarabangsa mengambil tindakan konkrit bagi memaksa rejim itu menghentikan pelanggaran sengaja itu dengan serta-merta.
Malaysia juga menegaskan semula solidariti bersama rakyat Palestin dan mengulangi sokongannya terhadap Negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/p2_521471.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.