Serangan seksual: Mahkamah akan dengar soalan awal Anwar di mahkamah terbuka
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar soalan awal yang dikemukakan perdana menteri Anwar Ibrahim dalam saman serangan seksual yang difailkan bekas pembantunya Yusoff Rawther terhadapnya.
Hakim Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan, semasa membenarkan kebenaran kepada Anwar hari ini, menekankan soalan Anwar bertepatan dengan teras dakwaan Yusoff, iaitu keberadaannya pada 2 Okt 2018.
Yusoff, dalam pernyataan tuntutannya, berkata dia berada di rumah Anwar dan serangan itu berlaku pada tarikh berkenaan.
Bagaimanapun, Anwar, semasa menafikan dakwaan itu, berkata dia berada di rumah bersama anak perempuannya dan menerima kunjungan rakan-rakan pada hari yang didakwa.
"Menganalisis pernyataan tuntutan itu, saya mendapati isu utama yang dipertikaikan antara pihak-pihak berada dalam Seksyen D, iaitu sama ada insiden yang didakwa pada 2 Okt itu berlaku sama sekali.
“Seksyen seterusnya bergantung sepenuhnya kepada jawapan bagi soalan itu.
“Oleh itu, adalah penting bahawa kesemua lima soalan yang dikemukakan dalam permohonan Anwar ditujukan kepada bahagian kes plaintif ini," kata Mohzanuddin, semasa membacakan keputusannya selama lebih dua jam.
Hakim itu juga berkata dakwaan Yusoff menunjukkan peristiwa berurutan, yang secara lojik, dia mesti berada di rumah itu untuk serangan yang didakwa berlaku.
Justeru, jika peristiwa pertama tidak berlaku, peristiwa kedua juga tidak boleh berlaku.
"Sehubungan ini, saya menerima bahawa lojik yang mendasari permohonan Anwar mempunyai kekuatan yang besar.
Oleh itu, saya mengarahkan supaya soalan atau isu awal ditentukan dalam perbicaraan isu awal, dengan pihak-pihak memanggil saksi mereka," katanya, sambil menambah Yusoff tidak akan diprasangkakan jika soalan Anwar ditentukan terlebih dahulu.
[Berita penuh menyusul]
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/06/482659bb0b606cd67959c8da382b2ec1.jpg)
