Razali Idris beri bayangan tinggalkan Bersatu lepas 10 tahun
Bekas ketua Bersatu Terengganu Razali Idris memberi bayangan akan meninggalkan parti itu dengan menyatakan dia akan “jalan terus dengan wadah baru”.
Perkembangan ini berlaku kurang daripada dua bulan selepas dia meletakkan jawatan sebagai pengerusi Bersatu Terengganu pada 8 Ogos lalu.
"Sepuluh tahun sebagai pimpinan Bersatu, hari ini berhenti.
"Insya-Allah, saya jalan terus dengan wadah baru," katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Walau bagaimanapun, dia tidak mendedahkan sebab meninggalkan Bersatu atau menamakan parti mahupun platform yang bakal disertainya.
Bulan lalu, Razali menyatakan bahawa dia kekal sebagai anggota Bersatu walaupun telah melepaskan jawatan sebagai pengerusi parti itu bagi negeri Terengganu.
Dia turut menafikan spekulasi yang mendakwa dia akan menyertai komponen Perikatan Nasional, Parti Pejuang Tanahair (Pejuang).
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/01/8bc20ee6d464246526c34fa9b382643c.jpg)
