NexG Bhd (NexG) kembali menggunakan nama asalnya, Datasonic Group Bhd selepas pemegang sahamnya meluluskan cadangan nama itu pada mesyuarat agung tahunannya baru-baru ini, iaitu pada 30 September.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu menjelaskan bahawa bermula 7 Oktober, sekuriti syarikat itu akan diniagakan dan disebut harga di bawah nama baharu tetapi dengan kod saham yang sama.

Pada waktu rehat tengah hari, NexG kekal tidak berubah pada paras 30 sen dengan 2.39 juta saham diniagakan.

- Bernama