Tolak ‘politik dinosaur’, Lee sertai Bersama
Bekas ahli parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung secara rasmi menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) hari ini dan akan menganggotai barisan kepimpinan interim parti itu.
Lee akan berkongsi tanggungjawab mengemudi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dengan tumpuan membina jentera di kawasan majoriti pengundi Cina.
Menjelaskan keputusannya, Lee menggesa amalan politik lama yang disifatkannya sebagai “politik dinosaur” ditinggalkan demi masa depan negara.
“Jadi, semua ni sebenarnya yang buat kita rasa kena cakap goodbye lah kepada saya panggil dinosaur politics, politik yang lama.
/file/attachments/orphans/bersamapc12_742193.png)
“Dan saya sedia untuk menyumbang apa yang ada, pengalaman saya dan juga kekuatan saya untuk membantu Bersama,” katanya pada sidang media Bersama hari ini.
Lee turut mengkritik hubungan dalam blok politik sedia ada yang disifatkannya penuh percanggahan.
“Di peringkat nasional juga kita tahu kalau pentas lain ataupun platform politik lain... dalam restructuring ataupun dalam disintegration.
“Dan setiap blok sedia ada dilihat sama saja. Ada yang depannya kerjasama, belakang dia tikam sesama sendiri,” katanya.
/file/attachments/orphans/bersamapc1sded_752604.png)
Pada 2 Oktober lalu, Lee mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya berkuat kuasa serta-merta, susulan penggantungan keahliannya dalam PKR selama tiga tahun.
Sementara itu, pemimpin Bersama Rafizi Ramli mengalu-alukan penyertaan Lee yang disifatkannya dapat memperkukuh kepimpinan parti itu.
“Penyertaan saudara Lee insyaAllah akan memperkuatkan barisan kepimpinan Bersama, tatkala pada ketika ini parti sedang giat berkembang,” katanya.
Menurut Rafizi, Lee akan menyertai barisan kepimpinan interim bersama Nik Nazmi Nik Ahmad, Wong Chen dan dirinya sebelum pemilihan parti diadakan tahun depan.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/09/a4db5a3c1bab31082b10599767d82bbb.jpg)
Lee menyusuli langkah Rafizi, Nik Nazmi dan Wong Chen meninggalkan PKR dan menyertai Bersama.
Hubungan Lee dengan PKR semakin renggang selepas dia menghadiri acara pelancaran Bersama pada Mei ketika masih menjadi anggota PKR.
Pada 12 Jun lalu, Lee meletakkan jawatan sebagai anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR selepas lapan tahun memegang jawatan di peringkat pusat.
Ketika itu, dia berkata akan kekal sebagai anggota PKR dan terus menjalankan tugas sebagai ahli parlimen Petaling Jaya sehingga Dewan Rakyat dibubarkan.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/05/001e4e941e1b99097b1f88de23ebcbf0.jpg)
Sebelum ini, Lee mengaitkan ketidakpuasan hatinya terhadap PKR dengan beberapa isu dasar, termasuk Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA), monopoli pengambilan pekerja asing serta cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Lee mula terlibat dalam politik pada 2008 sebagai pegawai penyelidik di pejabat ketua pembangkang ketika itu, Anwar Ibrahim, dan berkhidmat sehingga 2011.
Dia kemudian dipilih sebagai Adun Semambu, Pahang pada 2013 dan mempertahankan kerusi itu pada 2018 sebelum memenangi kerusi Parlimen Petaling Jaya pada PRU15 pada 2022.
Dalam PKR, Lee pernah memegang beberapa jawatan kepimpinan di peringkat pusat dan cabang, termasuk ketua cabang Indera Mahkota.
Pada pemilihan parti tahun lalu, dia bertanding jawatan ketua cabang Petaling Jaya tetapi tewas kepada penyandangnya, Hee Loy Sian.
/file/attachments/orphans/bersamapc144_213149.png)
