Ibu Zara Qairina tampil sebagai saksi ke-82 inkues
Ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, 46, hari ini tampil sebagai saksi ke-82 bagi prosiding inkues kematian anaknya di Mahkamah Koroner, di Kota Kinabalu.
Noraidah tiba di mahkamah kira-kira 9 pagi untuk memberikan keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Beliau merupakan antara dua saksi terakhir yang dipanggil memberikan keterangan dalam prosiding inkues itu sebelum Pegawai Penyiasat Inspektor Wong Yew Zhung.
Semalam, kakak tiri Zara Qairina, Malianah Mahathir, 25, tampil sebagai saksi ke-81 dan memberikan keterangan tentang hubungannya dengan Allahyarham serta keluarga berkenaan.
Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025, sehari selepas pelajar tingkatan satu itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama sekolahnya pada 4 pagi.
- Bernama
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/09/6fd192f150a1e1548e7bc61dfcfdf921.jpg)
