Kes DNAA Akal Budi: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Peguam Negara (AG) untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung semakan kehakiman oleh Badan Peguam Malaysia.
Mahkamah Rayuan pada 7 Mei membenarkan Badan Peguam meneruskan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan pendakwaan yang menghentikan 47 pertuduhan jenayah berkaitan Yayasan Akal Budin terhadap Ahmad Zahid pada 2023.
/file/attachments/887/20247ab15df5ccfb7e327a26dc91cf14_926019.jpeg)
"Kami berpandangan bahawa kes ini membangkitkan persoalan perlembagaan baharu yang mempunyai kepentingan awam yang memerlukan penjelasan dan keputusan muktamad mahkamah ini.
"Oleh itu, pemohon (peguam negara dan Ahmad Zahid Hamidi) sudah memenuhi ambang bagi permohonan kebenaran di bawah Seksyen 96A dan 96B Akta Mahkamah Kehakiman," katanya yang bersidang bersama Hakim Nordin Hassan dan Che Mohd Ruzima Ghazali.
Hashim berkata, ambang berkenaan perlu diterapkan dengan disiplin, berhati-hati dan penuh batasan apabila ia membabitkan kuasa AG di bawah Perkara 145(3).
Sebelum ini, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Badan Peguam untuk memulakan semakan kehakiman mencabar keputusan AG menghentikan perbicaraan kes Yayasan Akal Budi membabitkan Ahmad Zahid.
Pada 4 September 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan Ahmad Zahid pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) bagi semua pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan AG mahu memberhentikan prosiding terhadapnya.
Bagaimanapun, Badan Peguam kemudian memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan AG.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/09/e0256406f323a8f73f8a78ef05a238e5.jpg)
