Seorang maut, 11 cedera dalam serangan di Lapangan Terbang Riyadh
Seorang maut manakala 11 yang lain cedera dalam serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi, menurut pihak berkuasa penerbangan awam negara itu awal Isnin, lapor Anadolu Ajansi.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA) mengesahkan mangsa yang maut ialah seorang warga Pakistan yang menetap di negara itu, manakala mereka yang cedera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Pihak berkuasa itu memaklumkan bahawa serangan berkenaan turut menyebabkan kerosakan harta benda yang masih dinilai.
Terdahulu, pakatan diketuai Arab Saudi di Yaman memaklumkan bahawa Terminal 4 lapangan terbang itu terkena projektil yang tidak dikenal pasti pada petang Ahad, menyebabkan kebakaran.
Insiden itu berlaku sehari selepas satu lagi serangan di lapangan terbang sama mengorbankan 12 orang dan mencederakan lebih 300 yang lain.
Pakatan diketuai Arab Saudi menyalahkan kumpulan Houthi di Yaman atas serangan itu dan berikrar untuk mengambil tindakan tegas, sambil menyifatkannya sebagai pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
-Bernama-Anadolu
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/04/d0750c96192fca14d19036d1968aa95a.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.