Fernandes akui jumpa kementerian, nafikan AirAsia perlukan bantuan Putrajaya
Pengasas bersama dan penasihat AirAsia, Tony Fernandes menegaskan bahawa syarikat penerbangannya yang berdepan masalah itu mampu mengharungi kemelut kewangan semasa tanpa bantuan kerajaan.
Kenyataan ini hadir di tengah-tengah laporan bahawa dia baru-baru ini bertemu dengan pegawai daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan untuk membincangkan potensi sokongan daripada Putrajaya.
Syarikat penerbangan tambang murah itu mengalami masalah kewangan berikutan lonjakan mendadak kos bahan api jet, dan kini berusaha mendapatkan RM1 bilion daripada pasaran hutang antarabangsa serta RM700 juta menerusi kemudahan kredit tempatan.
Putrajaya juga dilaporkan mengadakan perbincangan dengan Malaysia Airlines dan Batik Air berhubung kemungkinan mengambil alih penguasaan pasaran domestik AirAsia.
/file/1264/e7eb1f276274a4c007b49b6637e36501.jpeg)
Dalam laporan Reuters hari ini, Fernandes mengesahkan dia bertemu dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan dua minggu lalu atas permintaannya sendiri, namun hanya membincangkan kos berkaitan penerbangan seperti caj lapangan terbang dan bahan api.
"Sudah tentu, seperti mana-mana syarikat penerbangan di dunia, kami memberitahu kerajaan bahawa ini tempoh yang sukar," katanya.
"Tiada sebarang perbincangan mengenai bantuan kewangan dengan kerajaan.
"Saya sentiasa bertemu dengan pegawai kerajaan... hanya kerana saya bertemu mereka, tidak bermakna kami bercakap tentang bantuan kewangan," katanya seperti dilaporkan.
Dia menafikan ada memohon bantuan kewangan atau Putrajaya ada menawarkan bantuan.
Namun, dia turut menyifatkan adalah "bodoh" untuk menolak bantuan sekiranya ia ditawarkan.
/file/attachments/orphans/airasia1_112596.jpg)
Sementara itu, laporan Reuters yang sama memetik sumber sebagai berkata bahawa dalam pertemuan Fernandes dengan Kementerian Kewangan, wujud perbincangan mengenai kemungkinan kerajaan menyokong usaha pengumpulan dana AirAsia dengan syarat syarikat penerbangan itu bersetuju dengan terma-terma tertentu.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/AirAsiaAirbusA330-300generic170926111_340401.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.