Jangan sembelih angsa bertelur emas seperti KWAP, Petronas - Hamzah
Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin, mengingatkan kerajaan supaya tidak terlalu bergantung pada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) untuk membiayai projek kerajaan dengan menggunakan kisah angsa bertelur emas bagi menjelaskan risiko tindakan itu.
Hamzah ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini, berkata kerajaan tidak seharusnya membebankan entiti berkenaan dengan projek yang boleh menjejaskan kemampanan kewangan mereka, khususnya apabila inisiatif itu berada di luar objektif teras masing-masing.
Dia turut mempersoalkan tindakan kerajan melibatkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Petronas dalam projek pembangunan perumahan.
"KWAP ini matlamatnya adalah untuk menjaga supaya duit itu diperbesarkan untuk membantu masa depan membayar pensioners membayar pencen kepada mereka yang boleh menerimanya, atau yang layak menerimanya.
"Jadi dia nak suruh KWAP pergi buat asrama ini apa asal? Di mana pulangannya? Saya kadang-kadang hairan,” katanya.
Dalam Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, pada Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan bahawa KWAP akan melabur RM750 juta dalam projek yang dikenali sebagai Vista Kampus bagi membina kediaman pelajar di enam universiti terpilih.

Kerajaan turut mengumumkan bahawa Petronas telah memulakan pembangunan perumahan mampu milik di atas tapak seluas 10 ekar di Kuala Lumpur, yang merupakan sebahagian daripada kawasan seluas 50 ekar yang diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu.
Hamzah mempersoalkan mengapa syarikat minyak nasional itu menceburi bidang perumahan mampu milik, sambil menyindir bahawa Petronas seolah-olah telah mengalihkan perniagaan terasnya daripada petroleum kepada pembangunan hartanah.
Hamzah turut mengkritik tindakan kerajaan meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) menanggung kerugian kira-kira RM150 juta selepas subsidi bil elektrik diperluas kepada isi rumah yang menggunakan sehingga 800 kWj elektrik sebulan.
Langkah itu diambil susulan aduan mengenai kenaikan mendadak bil elektrik, dengan kerajaan memperluas liputan subsidi bagi mengurangkan kesan kenaikan tersebut terhadap isi rumah yang terjejas.
Hamzah berkata, meskipun jumlah kerugian itu mungkin agak kecil bagi syarikat gergasi elektrik seperti TNB, namun pengumuman berkenaan telah mendorong pemegang saham menjual pegangan mereka dalam syarikat itu.
"Petronas, Tenaga Nasional, KWSP, KWAP serta Khazanah. Banyak sangat yang telah pun digunakan. Saya nak peringatkan tentang sebuah kisah angsa yang bertelur emas.
"Tuannya tidak sabar menunggu sebiji telur sehari. Lalu disembelihnya angsa itu untuk mengambil semua emas sekaligus.
"Akhirnya tuannya juga yang rugi. Itu tak apa. Akhirnya rakyat generasi akan datang akan menghadapi kesukaran yang lebih daripada apa yang berlaku hari ini. Saya mahu membawa dewan ini melihat tiga contoh, bagaimana kerajaan memperlakukan kepada angsa-angsa emas ini," katanya.
'Umum saja GST, mengaku salah, tak perlu malu'
Sementara itu, Hamzah turut mengkritik keengganan kerajaan mengembalikan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
/file/attachments/orphans/gstgeneric111_335320.png)
Merujuk cadangan terbaharu Anwar untuk memperkenalkan sistem percukaian hibrid yang menggabungkan GST dengan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada, Hamzah mendakwa kerajaan sudah menyedari kesilapannya memilih SST berbanding GST, tetapi malu untuk mengakuinya.
"Yang mudahnya, simple. Yang mudah sekali. Yang mudahnya, umum je lah GST. Cuma kadar itu difikirkan, tak payah malu.
"Buat apa malu? Kadang-kadang kita ini hidup ini, kalau dah salah itu mengakulah salah. Kalau dah buat benda yang tak baik dulu, minta ampun,” katanya.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-template-121026-21_182697.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.