Nahas Lebuhraya Persekutuan: Dua maut, dua lagi cedera dirempuh
Dua lelaki maut manakala dua lagi lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di Kilometer 18.2 Lebuhraya Persekutuan menghala ke ibu negara, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata pihaknya menerima maklumat berhubung nahas itu pada 1.05 pagi dan kejadian dipercayai berlaku kira-kira 12.20 tengah malam.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah Proton Wira dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 20-an dari Shah Alam ke ibu negara, gagal dikawal sebelum melanggar penghadang di sebelah kanan lebuh raya itu.
“Kejadian menyebabkan berlakunya pelanggaran dua kereta lain yang berada di belakang Proton Wira berkenaan. Pemandu Proton Wira serta seorang penumpangnya berusia lingkungan 20-an mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Dua lagi penumpang dalam kereta sama yang juga rakan mangsa cedera pada bahagian badan, manakala pemandu dua lagi kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Shamsudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Mohd Nazar Md Kasim melalui talian 012-5653395 bagi membantu siasatan.
- Bernama
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/12/240cb077442561630084fe46194c85ac.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.