Penganut Hindu dinasihati jauhi kontroversi ritual, jangan marakkan api - Hindu Sangam
Masyarakat Hindu digesa supaya menjauhi kontroversi menyelubungi seorang lelaki Melayu yang ditahan pihak berkuasa agama Islam atas dakwaan penyertaannya dalam ritual Hindu, termasuk semasa perayaan Thaipusam di Batu Caves, serta mengelakkan tindakan atau kenyataan yang boleh menyentuh sensitiviti agama.
"Tiada keperluan atau manfaat untuk masyarakat Hindu terlibat dalam kontroversi mengenai kewajipan agama seorang individu daripada agama lain," kata Presiden Malaysia Hindu Sangam (MHS), Thanga Ganesan.
/file/attachments/orphans/141231231231_170767.png)
Dia berkata rumah ibadat dan perayaan kebudayaan Hindu sejak sekian lama mengalu-alukan pengunjung dan pemerhati daripada pelbagai latar belakang agama dan budaya, sekali gus mencerminkan semangat keharmonian yang menjadi ciri masyarakat berbilang agama di Malaysia.
Pada masa sama, MHS mengiktiraf dan menghormati kedudukan perlembagaan Islam sebagai agama Persekutuan, sambil mengakui hak agama lain untuk diamalkan secara aman dan harmoni, katanya.
Ganesan menegaskan bahawa amalan agama mesti diimbangi dengan penghormatan terhadap undang-undang, peraturan dan sensitiviti agama yang terpakai di Malaysia.
"Bagi mana-mana perkara yang melibatkan individu beragama Islam, MHS percaya bahawa persoalan mengenai kewajipan agama, tingkah laku atau pematuhan individu terhadap peruntukan agama Islam yang terpakai adalah lebih baik diserahkan kepada pihak berkuasa agama Islam yang berkaitan untuk diperiksa dan ditangani mengikut undang-undang dan prosedur sedia ada.
"Oleh itu, MHS menyeru masyarakat Hindu, termasuk organisasi agama, jawatankuasa kuil, pemimpin masyarakat dan orang ramai, untuk menahan diri dan mengelak daripada memihak, membuat tafsiran bersifat spekulatif atau mengeluarkan kenyataan provokatif yang boleh memburukkan keadaan tanpa sebarang keperluan.
"Perkara sedemikian sepatutnya ditangani oleh pihak berkuasa yang berkaitan dengan adil, bijaksana dan sensitif," tambahnya.
/file/attachments/orphans/d3_601387.png)
/file/attachments/orphans/d1_143784.png)
Semalam, dilaporkan bahawa lelaki yang dikenali sebagai Aliff Daniel itu turut dilihat dalam klip video yang kononnya menunjukkan dia terlibat dalam upacara "pembersihan" di Bali, Indonesia, serta dikatakan mendakwa dirinya sebagai pengamal penyembuhan kerohanian.
Aliff dan ibunya yang berusia 52 tahun ditahan di Kuala Lumpur oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas Mahkamah Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 4 dan 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, dengan Shahzihan mengambil maklum bahawa Jais mula menyiasat kes itu selepas video membabitkan kesalahan yang didakwa itu tular.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/d2_208377.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.