Penduduk Bukit Jalil bantah projek Bandar Madani
Sekumpulan penduduk Bukit Jalil hari ini berhimpun di luar bangunan Parlimen bagi membantah projek pembangunan Bandar Madani Bukit Jalil yang dirancang merangkumi 17,000 unit kediaman.
Mereka bimbang projek itu akan memburukkan lagi kesesakan lalu lintas, pembangunan berlebihan dan kekurangan kemudahan awam di kawasan berkenaan.
Pengerusi Gabungan Persatuan Penduduk, Zainuddin Zainal, berkata mereka menuntut kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengadakan perbincangan bersama wakil penduduk bagi membolehkan masalah yang dihadapi mereka didengar dan diteliti.
“Kami tidak menentang pembangunan, tetapi membantah projek berkepadatan tinggi yang tidak mengambil kira keadaan semasa di kawasan ini,” katanya kepada pemberita.
Ketika membentangkan Belanjawan 2027 baru-baru ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan Bandar Madani Bukit Jalil sebagai projek pembangunan bersepadu yang menyediakan kawasan perumahan untuk rakyat.
Projek itu dirancang merangkumi pelbagai kemudahan awam, termasuk sekolah bertingkat, klinik kesihatan, lot kedai dan padang bola sepak.
Selain isu pembangunan berlebihan dan kesesakan lalu lintas, penduduk mendakwa projek itu tidak mematuhi had nisbah plot yang ditetapkan dalam Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040.
Mereka turut mempersoalkan sama ada sekolah bertingkat yang dicadangkan mampu menampung pertambahan penduduk, khususnya dari segi keperluan bilik darjah berdasarkan garis panduan PlanMalaysia.
Bantahan itu turut mendapat sokongan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang menggesa projek berkenaan dibatalkan.
Dia berkata isu itu turut dibangkitkannya di Dewan Rakyat semalam, termasuk persoalan mengenai pematuhan projek terhadap garis panduan perancangan.
/file/attachments/orphans/protest1sdafrsd_254305.png)
Teresa mempersoalkan mengapa PR1MA, sebuah syarikat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dibenarkan meneruskan projek itu walaupun didakwa melanggar garis panduan perancangan PlanMalaysia.
“Pada pandangan saya, projek ini tidak selaras dengan perancangan kerajaan. Status PR1MA sebagai syarikat milik kerajaan tidak bermakna syarikat itu boleh diberikan keistimewaan untuk melanggar peraturan dan garis panduan perancangan PlanMalaysia,” katanya.
Dia turut mempersoalkan tindakan meneruskan projek itu sebelum DBKL menyelesaikan kajian Pelan Kawalan Pembangunan Mikro Bukit Jalil, sedangkan pendaftaran pembelian rumah bagi projek berkenaan sudah dibuka.
Sementara itu, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan, berkata bantahan penduduk bukan bertujuan menolak pembangunan, sebaliknya menuntut supaya kemudahan infrastruktur ditambah baik seiring dengan pertambahan penduduk.
/file/attachments/orphans/protest1_911969.png)
Teresa berkata, jika projek 17,000 unit kediaman itu diteruskan, kerajaan perlu mempertimbangkan pembinaan jejambat serta penambahbaikan pengangkutan awam, termasuk perkhidmatan MRT.
“Infrastruktur sokongan perlu dibangunkan seiring dengan projek yang diluluskan supaya pembangunan dapat berjalan dengan lancar,” katanya.
Terdahulu, Teresa, Zahir dan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, menerima memorandum bantahan yang ditandatangani oleh 75 pertubuhan yang mewakili lebih 10,000 penduduk Bukit Jalil, Bandar Kinrara dan Taman Puncak Jalil.
Teresa kemudian mengiringi Zainuddin masuk ke bangunan Parlimen untuk bertemu Anwar dan menyerahkan memorandum itu secara langsung kepada perdana menteri.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/5640893459083458903490825_601018.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.