Kenang budi dipukul dan dikurung, Anwar tidak lupa jasa pemandu teksi 1998
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengimbau kembali nostalgia ‘menaiki teksi’, merenung kembali babak paling gelap dalam hayat politiknya, apabila kenderaan merah putih itu menjadi simbol solidariti luar biasa yang dipandu oleh mereka yang setia berdiri di sisinya ketika dia berada di tempat paling bawah.
Bercakap pada majlis peluncuran pemberian bantuan khas kewangan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di Kementerian Pengangkutan, di Putrajaya, hari ini, Anwar berkata kesetiaan yang ditunjukkan oleh mereka semasa waktu sukarnya meninggalkan kesan yang amat mendalam.

Dia ditangkap dan dipenjarakan selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada 1998, satu tempoh bergolak yang menyaksikan dia mengalami penderaan fizikal dan dipenjarakan.
“Saya ingat masa 1998 dulu bila ditangkap, penyokong saya paling tegar pemandu teksi. Saya berterima kasih banyak. Itu masa saya susah, kena terajang, pukul, masuk lokap, orang ini bantu saya.
“Takkan jadi perdana menteri bila Menteri Pengangkutan Anthony Loke cadang bagi RM1,000, saya kata tak boleh,” katanya.
Solidariti mereka, kata Anwar, bukan sekadar kata-kata sokongan semata-mata.
Pemandu teksi turut membantu menyokong orang ramai yang berkumpul di kediamannya dengan membawa makanan dan minuman kepada mereka yang hadir tanpa meminta sebarang balasan.
“Siapa yang bawa? Teksi. Siapa bayar? Tak bayar. Teksi hantar kuih, air bagi orang makan,” katanya.
Anwar turut menceritakan satu lagi kisah kebaikan melibatkan seorang lelaki warga emas dari Nilai yang rumahnya pernah dibantu baiki sebelum dia dipenjarakan.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/01/7232d27f327da3b8ce574d10b26ac48c.jpg)
Lelaki yang menjual telur masin itu kemudian mengaturkan seorang pemandu teksi untuk menghantar produknya kepada keluarga Anwar sebagai tanda penghargaan.
Namun, selepas mendapat tahu sebab di sebalik penghantaran itu, pemandu teksi berkenaan enggan menerima bayaran, sekali gus mengubah urus niaga biasa menjadi satu tindakan kemurahan hati yang tulus.
“Dia kata kepada pakcik itu, ini ikhlas sumbangan saya sebagai rakyat,” katanya.
Atas latar belakang ini, Anwar menyambut baik bantuan kewangan secara 'one-off' sebanyak RM1,000 kepada pemandu teksi, pengusaha kereta sewa dan pengusaha bas sekolah yang layak, sambil menyifatkan bantuan itu sebagai langkah meringankan beban kewangan mereka.
Lapor komen ini
/file/1305/57c23cd3a75f9ee3c735c3f69461160a.jpeg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.