Apabila murid sekolah rendah sisih rakan 'makan babi', 'pakai salib'
PARLIMEN l Anggota Parlimen Sarawak, Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo) mendedahkan kepincangan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia, apabila mendedahkan bahawa ada kanak-kanak yang kini mula membina tembok perkauman dan keagamaan sesama rakan sekelas.
Sambil mendesak campur tangan kerajaan, Willie memberitahu Dewan Rakyat bahawa seorang guru menyatakan kebimbangan kepadanya berhubung tingkah laku murid, termasuk dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah berusia enam hingga 12 tahun.
/file/attachments/orphans/14dadsad_731867.png)
“Ada yang anak-anak sampai tidak mahu duduk sebelah, menyebelah dengan anak Kristian, dengan anak Muslim. kerana ada yang kata, ‘Oh, saya tak nak duduk dengan dia sebab dia makan babi. Saya tak nak duduk dengan dia sebab dia pakai salib.’
“Jadi, kalau perkara ini tidak dibendung di peringkat sekolah rendah, ia akan menular dan menjadi satu yang serius,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang.
Media sosial hari ini menjadi tempat pembiakan pemisahan kaum dan agama yang subur. Wacana politik juga kerap diselitkan dengan sentimen kaum, agama dan identiti.
Apabila naratif sedemikian berulang kali disebarkan oleh tokoh terkenal dan ditularkan dalam alam maya, ia berisiko meresap ke dalam kehidupan seharian lalu mempengaruhi jiwa kanak-kanak.
Pendekatan keseluruhan kerajaan
Dalam jawapannya, Aaron berkata kementerian menggunakan pendekatan keseluruhan kerajaan (whole-of-government approach) bagi menangani isu sensitif berkenaan.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/03/180bb36e99d9c42871dbd1c35d2e6f0a.jpg)
Dia mengakui kepentingan memperkenalkan langkah pencegahan dari peringkat awal bagi memastikan kanak-kanak belajar berinteraksi tanpa mengira kaum, agama atau budaya.
Menteri itu turut menyenaraikan beberapa program dan inisiatif, termasuk usaha mempromosikan penggunaan media sosial secara beretika dan bertanggungjawab.
Aaron memberitahu Dewan Rakyat sebelum ini bahawa Kementerian Perpaduan Negara tidak berhasrat memperkenalkan undang-undang perpaduan nasional khusus bagi menangani isu berkaitan raja, agama dan kaum (3R), termasuk yang dipicu oleh perkembangan di media sosial.
Aaron berkata kerajaan menganggap kerangka undang-undang sedia ada sudah memadai untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan berkaitan 3R, sambil merujuk Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
“Justeru, kerajaan merasakan tiada keperluan untuk menggubal undang-undang khusus yang baharu bagi isu 3R buat masa ini. Sebaliknya, tumpuan harus diberikan kepada penguatkuasaan yang lebih tegas dan berkesan oleh agensi yang mempunyai bidang kuasa,” katanya.
Belum ada keputusan akta baharu
Walau bagaimanapun, semasa menjawab soalan berasingan daripada anggota parlimen pembangkang, Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) kemudiannya, Aaron berkata kementerian belum membuat sebarang keputusan sama ada akta baharu diperlukan bagi menangani kesalahan 3R.
Saifuddin menyoal tentang usaha kerajaan kususnya untuk menyelaraskan definisi dan kriteria sesuatu ucapan itu ditafsir sebagai jenayah 3R.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/10/da4e79f890f4771f704f775f3cc035e6.jpg)
“Apakah usaha Kementerian Perpaduan khususnya untuk menyelaraskan definisi dan kriteria sesuatu ucapan itu ditafsir sebagai jenayah 3R?
“Saya spesifik jenayah 3R, bukan sekadar cakap-cakap, tindakan, sebab cakap-cakap, tindakan, isu itu boleh macam-macam, tapi Tuan Yang di-Pertua, yang pentingnya ialah dia dah jadi jenayah.
“Jadi bila dia jadi jenayah, bagaimana kita meletakkan definisi dan kriteria?” soalnya.
Aaron dalam jawapannya memaklumkan bahawa usaha mahu memperkenalkan undang-undang khusus telah pun dipertimbangkan sejak sebelum Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan pada tahun 2020.
“Tetapi 2019, sebelum kementerian ini ditubuhkan juga, semua usaha-usaha itu ditolak ke atas pertindihan undang-undang sedia ada dan juga sentimen rakyat.
“Itulah dan kita di kementerian pun sedaya upaya cuba melihat kembali perkara-perkara ini, tetapi kita belum dapat membuat keputusan sama ada kita perlukan RUU yang baru bagi semua soalan yang disebutkan,” katanya lagi.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/14131312asda_241674.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.