CSA: Mengapa dua Adun DAP Selangor sedia bekerjasama dengan Bersatu?
Dua anggota Dewan Undangan Negeri DAP Selangor menyuarakan sokongan terhadap cadangan perjanjian kepercayaan dan pembekalan (CSA) antara PH dan Bersatu, meskipun Menteri Besar Amirudin Shari masih berahsia mengenai butiran khusus persepakatan berkenaan.
Adun Banting V Papparaidu berkata cadangan CSA itu perlu dilihat dari sudut kestabilan politik, tata kelola yang baik, serta impaknya terhadap kesejahteraan rakyat Selangor.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/09/4ee1510fc4a704b915554ff66738e7a9.jpg)
“Sebarang usaha yang mempromosikan kestabilan dan membolehkan kerajaan menumpukan perhatian kepada pelaksanaan tanggungjawab kepada rakyat wajar diberi pertimbangan serius,” kata Papparaidu kepada Malaysiakini semalam.
“Pada akhirnya, kerjasama politik tidak sepatutnya berkisar mengenai kepentingan parti semata-mata, sebaliknya memastikan kebajikan rakyat, pembangunan ekonomi dan kemajuan negeri kekal menjadi keutamaan utama kami.
“Sebagai wakil rakyat, kita mesti sentiasa mendahulukan kepentingan penduduk Selangor,” kata ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) itu.
Amirudin, yang juga pengerusi PH Selangor, semalam mengesahkan rundingan yang sedang berjalan dengan pimpinan Pengerusi Bersatu negeri Azmin Ali mengenai syarat-syarat CSA yang dijangka ditandatangani menjelang pembentangan belanjawan negeri pada pertengahan November.
Dia bagaimanapun enggan mendedahkan tawaran khusus di bawah CSA berkenaan sementara menunggu kelulusan daripada pimpinan pusat PH.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/07/e44e586020746362c5a00aa7bcf44638.jpg)
CSA adalah perjanjian antara kerajaan dan parti bukan kerajaan yang parti bukan kerajaan sama ada menyokong atau berkecuali dalam usul kepercayaan, serta membantu meluluskan rang undang-undang belanjawan atau pembekalan.
Sebagai balasan, kerajaan boleh menyediakan sama ada peruntukan atau kelonggaran dasar kepada parti yang memberi sokongan.
Mengulas lanjut, Papparaidu berkata jika cadangan CSA itu wajar dipertimbangkan jika ini menyumbang kepada kestabilan politik, mengukuhkan tata kelola dan mempercepat pembangunan demi manfaat rakyat.
“Maka ia langkah positif yang wajar dipertimbangkan. Akhir sekali, rakyat Selangor mesti kekal menjadi penerima manfaat utama daripada sebarang aturan politik,” tambahnya.
'PH Selangor kekal kukuh'
Sementara itu, Adun Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran mengambil maklum bahawa kedudukan PH Selangor adalah kukuh dengan 32 ahli legislatif, serta tiga lagi di bangku kerajaan - dua daripada BN dan seorang bebas - dalam Dewan Undangan Negeri yang dianggotai 56 wakil.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/07/420155aeb30b3a106e3b1e6c9a8496cf.jpg)
“Jika Bersatu mahu ikrar sokongan mereka kepada PH dan Amirudin sebagai menteri besar, mengapa tidak?” kata Rajiv kepada Malaysiakini semalam.
Bersatu Selangor, yang diketuai Azmin sebagai ketua pembangkang negeri, memegang 11 kerusi.
Sekiranya kesemua Adun Bersatu menyokong kerajaan, jumlah sokongan akan meningkat kepada 46 kerusi (82 peratus), melebihi 38 kerusi yang diperlukan untuk majoriti dua pertiga.
Mengenai sama ada sokongan Bersatu kepada PH boleh berlanjutan melampaui CSA sehingga pilihan raya negeri akan datang, Rajiv berkata pertimbangan sedemikian masih terlalu awal.
“Pilihan raya Selangor masih dua tahun lagi,” katanya merujuk kepada tempoh penuh lima tahun bagi Dewan Undangan Negeri Selangor semasa yang akan terbubar secara automatik pada 19 September 2028.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/04/b2bda0c8e85a8925152c55d52375ec34.jpg)
“Kita lihat dulu pilihan raya umum sebelum kita memikirkan hal itu,” tambahnya.
Selain DAP, Malaysiakini sebelum ini melaporkan bahawa Amanah Selangor, menerusi timbalan ketua parti Azli Yusof, turut menyuarakan sokongan terhadap CSA berkenaan.
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/03/5e4afa51509715817f421737ce17cc41.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.