Suami bunuh pegawai Kastam serah diri kepada polis
Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Nilai, malam semalam.
Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad mengesahkan pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan kira-kira 8.30 malam.
"Pembunuhan itu dipercayai dilakukan oleh suaminya. Suspek juga menyerahkan diri di balai polis selepas kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi pemberita di Nilai.
Beliau berkata pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian bagi mengenal pasti motif pembunuhan serta waktu tepat kejadian.
Suspek turut dibawa ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan lanjut.
Alzafny berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan maklumat lanjut berhubung kes akan dikeluarkan selepas siasatan di tempat kejadian selesai sepenuhnya.
- Bernama
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/07/75cd4d1fe8d3ca2b1bf18ccdbddd54ff.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.