Pesanan Majlis Syura PAS - 'Jangan tinggalkan Umno'
Majlis Syura Ulama PAS menetapkan bahawa sebarang bentuk perbincangan atau rundingan kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 akan datang mestilah memberi keutamaan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata keputusan itu adalah hasil mesyuarat Majlis Syura yang dipengerusikan olehnya, baru-baru ini.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/10/3cc5bd3223b246cd5af2f9e6d36eb2aa.jpg)
"PAS hendak muafakat dengan sesiapa sekalipun, jangan tinggalkan Umno.
"Perpaduan antara PAS dan Umno ini perlu dipertahankan dengan keutamaan rundingan adalah bersama mereka berbanding parti lain," katanya yang dipetik Berita Harian ketika ditemui di kediamannya di Arau, semalam.
Hashim berkata, walaupun kepimpinan pusat parti itu diberi kebebasan untuk berunding dengan pelbagai pihak, hubungan dengan Umno tetap menjadi keutamaan tertinggi.
Katanya, usaha merapatkan semula hubungan kedua-dua parti berkenaan wajar direbut secepat mungkin, memandangkan proses pendamaian sebelum ini bukanlah satu perkara yang mudah.
Mengulas lanjut, dia menegaskan bahawa matlamat utama penyatuan PAS dan Umno perlu berteraskan agenda Islam dan kepentingan masyarakat Melayu, bukannya sekadar percaturan politik jangka pendek.
Menurutnya, kerjasama politik yang hanya berpaksikan kepentingan politik semata-mata tidak akan bertahan lama dan berdepan kegagalan.
Oleh itu, Hashim berpendapat semangat Muafakat Nasional (MN) perlu dihidupkan kembali sebagai platform penyatuan.
"Gagasan Muafakat Nasional (MN) sebelum ini adalah asas, dan sekarang sudah tiba masanya perpaduan dua parti ini disuburkan semula.
/file/attachments/orphans/AfnanHamimiTaibAzamuddend2_664822.jpg)
"Dalam Umno kini juga kita menyaksikan kesedaran berkaitan kepentingan penyatuan ini semakin tinggi," katanya lagi.
Mursyidul Am PAS itu turut menambah bahawa mereka berasa lebih selesa bekerjasama dengan Umno berbanding parti-parti lain, dan penyatuan dua entiti teras Melayu-Islam itu sememangnya diharapkan oleh rakyat.
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2019/06/973629aaf581110d27001daa1d9391ec.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.