Jerebu teruk: 30 kawasan terjejas, IPU Pasir Gudang cecah 207
Pasir Gudang, Johor mencatatkan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 207, manakala 30 kawasan lain di seluruh negara merekodkan IPU pada tahap tidak sihat, setakat 9 pagi ini.
Menurut Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Selangor merekodkan enam kawasan dengan bacaan tidak sihat, iaitu Johan Setia (185), Klang (181), Petaling Jaya (173), Shah Alam (171), Banting (169) dan Kuala Selangor (155).
Di Johor, selain Pasir Gudang, Larkin merekodkan bacaan IPU 194, Pengerang (177), Batu Pahat (172), Kluang (171), Kota Tinggi (164), Tangkak (163) dan Segamat (160).
Di Negeri Sembilan, Nilai merekodkan bacaan IPU 189, Seremban (181) dan Port Dickson (172), manakala di Melaka, Bandaraya Melaka mencatatkan 179, Bukit Rambai (178) dan Alor Gajah (172), sementara di Pahang, Temerloh merekodkan bacaan 155, Rompin (152) dan Jerantut (122).
Di Kuala Lumpur, Batu Muda mencatatkan bacaan IPU 170 dan Cheras (168), manakala Putrajaya merekodkan 174, sementara di Perak, Seri Manjung mencatatkan bacaan 169, Tanjung Malim (162), Pegoh (154) dan Tasek, Ipoh (151), selain Tawau, Sabah yang merekodkan bacaan tidak sihat 152.
Sementara itu, sebanyak 37 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana.
Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.
- Bernama
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/10/a1075870518f2f1f9a3864fc61fa95de.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.