Isu pentadbiran solo menteri besar cetus bantahan pembangkang
Penangguhan persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan menimbulkan persoalan baharu mengenai ketiadaan majlis mesyuarat kerajaan negeri yang berfungsi, 76 hari selepas pilihan raya negeri, menurut ketua pembangkang negeri J Arul Kumar.
Adun Nilai itu berkata pentadbiran semasa kelihatan beroperasi sebagai 'one-man show' atau secara solo, dengan Menteri Besar Ismail Lasim memikul tanggungjawab dan portfolio pentadbiran negeri tanpa 10 exco.
"Tanpa 10 exco, mampukah menteri besar seorang diri menjawab soalan daripada 35 Adun dari pagi hingga petang?
"Sudah tentu jawapan yang diberikan tidak mempunyai kualiti kerana tiada ahli exco yang bertanggungjawab bagi portfolio khusus untuk menjawab isu yang dibangkitkan," katanya pada sidang media di luar Wisma Negeri di Seremban hari ini.
/file/attachments/orphans/n91333_623155.png)
Arul bercakap selepas 11 Adun PH hadir bagi apa yang sepatutnya menjadi hari pertama persidangan Dewan Undangan Negeri, hanya untuk mendapati bahawa persidangan itu ditangguhkan.
Dia berkata semakan di portal rasmi e-Dewan setakat pagi ini masih menunjukkan persidangan itu dijadualkan berlangsung selama lima hari dari 16 Okt hingga 22 Okt.
"Hari ini sepatutnya menjadi hari pertama persidangan, tetapi apabila kami tiba, tiada persidangan berlangsung.
“Kita tidak dimaklumkan berkaitan penangguhan persidangan pada hari ini. Pagi tadi saya semak di E-Dewan, masih tertera persidangan pada 16 hingga 22 Oktober 2026," katanya.
Arul berkata penangguhan acara penting seperti pembukaan sesi Dewan Undangan Negeri tidak sepatutnya disampaikan sekadar menerusi sidang media menteri besar, sebaliknya mesti i saluran dan prosedur rasmi yang betul.
"Sebagai Adun, persidangan Dewan Undangan Negeri merupakan satu-satunya saluran untuk kami membangkitkan masalah rakyat dan mendapatkan jawapan rasmi daripada kerajaan negeri, memandangkan kami tidak dijemput ke mesyuarat di peringkat daerah atau negeri," katanya.
Dia menegaskan perkara itu tidak sepatutnya dilihat semata-mata sebagai pertikaian politik, sambil mengambil maklum bahawa kerajaan mempunyai majoriti 25 kerusi di Dewan Undangan Negeri.
"Pentadbiran boleh berfungsi dengan baik jika isu ini diselesaikan segera demi kepentingan rakyat," katanya.
/file/attachments/orphans/n914354_706730.png)
Arul menggesa kerajaan negeri mengeluarkan notis rasmi mengenai penangguhan itu dan menyusun semula persidangan Dewan Undangan Negeri secepat mungkin, dan bukanya menunggu sehingga persidangan belanjawan negeri.
Pada 8 Okt, Ismail dilaporkan berkata bahawa persidangan itu akan ditangguhkan sehingga akhir bulan depan, dengan belanjawan negeri dijangka dibentangkan pada 27 Nov.
Dia berkata penangguhan itu disebabkan kekangan masa, dengan kerajaan negeri memberi keutamaan kepada persiapan belanjawan bagi memastikan ia mengambil kira keperluan negeri dan rakyat.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/n91ads2e_157463.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.