Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang ahli Parlimen hari ini PAS membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman berhubung isu azan di Selangor.

dr mariah mahmud pas kota raja call for prayer azan khir toyo comments police report 110908 05 Laporan tersebut dibuat oleh ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Siti Mariah Mahmud, di ibu pejabat polis Dang Wangi pada jam 11.30 pagi tadi.

Dr Siti Mariah juga merupakan ahli Parlimen PAS bagi kerusi Kota Raja.

Dalam laporan tersebut, beliau mendesak pihak polis supaya menyiasat dakwaaan Dr Mohd Khir mengenai kononnya ada usaha-usaha melarang laungan azan di masjid-masjid di Puchong dan Kota Damansara.

khir toyo 181207 Katanya, Dr Mohd Khir dilaporkan membuat dakwaan tersebut dalam laporan akhbar Utusan Malaysi a yang bertajuk ' Ada Usaha Larang Azan di Masjid-masjid Selangor ' pada 9 September lalu.

Dr Siti Mariah berkata, sekiranya dakwaan itu tidak benar, maka tindakan sewajarnya diambil ke atas bekas menteri besar Selangor itu kerana didakwanya menabur fitnah dan menghasut.

Menurutnya, perbuatan tersebut perlu dipandang serius kerana ia boleh membangkitkan pergeseran antara agama dan bangsa di Malaysia.

Beliau juga juga memint pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas blog pembelamelayu.com yang didakwanya telah menyiarkan berita palsu berhubung perkara yang sama.

Dr Siti Mariah berkata, blog tersebut mendakwa petisyen mengenai suara azan tidak dibenarkan, telah dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Bagaimanapun, katanya, selepas beliau merujuk kepada hansard/kenyataan persidangan, untuk memastikan kebenaran dakwaan tersebut, ternyata kesemua dakwaan tersebut tidak benar.

Katanya, perkara itu telah menjadi percakapan rakyat umat Islam dan pihak polis perlu bertegas sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.

ADS