Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau optimis pencapaian Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, akan lebih baik daripada pilihanraya umum Mac lalu.

kuala terengganu by election nomination day 060109 wan farid discuss with najib and hishammuddin Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa BN tidak mahu terlalu yakin menjelang pengundian pada 17 Januari depan, sambil menambah bahawa calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mempunyai kemampuan untuk menjadi wakil rakyat di situ.

Wan Ahmad sendiri berkata, kerja kuat baru bermula baginya dan beliau akan melakukan semampu mungkin untuk menarik sokongan pengundi.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, calon BN, Datuk Razali Ismail menang dengan majoriti tipis 628 undi - juga dalam pertandingan tiga penjuru.

Pilihanraya kecil ini diadakan ekoran kematian beliau secara tiba-tiba pada 28 November lalu.

kuala terengganu by election nomination day 060109 bn marching crow2 Tiga calon mengemukakan borang pencalonan masing-masing. Selain Wan Ahmad Farid, dua lagi ialah calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dan seorang calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

Bercakap kepada pemberita selepas penamaan calon, Najib yang mengetuai kempen BN di Kuala Terengganu berkata, Wan Ahmad Farid adalah calon yang terbaik untuk berkhidmat kepada penduduk Kuala Terengganu.

Beliau juga berkata, pilihanraya kecil itu bukan satu referendum terhadap dirinya ataupun perdana menteri. Najib akan menggantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Badawi Mac depan.

Sebaliknya, kata beliau, pilihanraya kecil kali ini adalah untuk rakyat memilih wakil mereka.

najib on kuala terengganu by election 060109 04 Tambahnya, setiap apa yang dilakukan BN adalah untuk rakyat dan ia menjadi keutamaan gabungan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, BN akan menjawabnya jika pihak pembangkang membangkitkan isu-isu nasional.

Pihak pembangkang dijangka membangkitkan isu-isu seperti pelbagai projek mega - dari Piala Monsun hingga kepada Masjid Kristal, dan isu terbaru mengenai rancangan Sime Darby untuk mengambil alih Institut Jantung Negara - sebagai sebahagian daripada kempen mereka.

Najib dan Wan Ahmad Farid bagaimanapun enggan mengulas komen mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa calon BN kali ini merupakan proksi kepada Najib dan Abdullah.

Isu hudud

abdul wahid endut Sementara itu, calon PAS, Mohd Abdul Wahid juga yakin menang dalam dalam pilihanraya kecil kali ini.

"Saya sudah bersedia untuk menjadi ahli Parlimen kawasan ini," katanya kepada pemberita.

Katanya, kedudukannya sebagai ahli dewan undangan negeri (Adun) - kerusi Wakaf Mempelam dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu - tidak akan menjejaskan peluangnya untuk menang.

Beliau juga yakin akan mendapat sokongan pengundi Cina dalam kawasan parlimen berkenaan.

kuala terengganu by election 060109 unit amal "Saya tidak fikir sokongan pengundi China akan terjejas oleh kontroversi hudud," katanya merujuk kepada kontroversi yang timbul selepas pemimpin PAS mengulangi pendirian mereka untuk melaksanakan hudud jika parti itu memerintah.

Mohd Abdul Wahid juga berkata, beliau tidak akan terbabit dengan sebarang serangan peribadi dan juga tidak fikir calon bebas mampu memecah undi untuknya.

kuala terengganu by election nomination day 060109 both sides meet Calon bebas Azharudin pula berkata tujuan beliau bertanding bukanlah untuk memecahkan undi, tetapi sebaliknya untuk "membantu rakyat miskin".

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasarudin Mat Isa berkata, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mampu mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

nasharuddin mat isa 03 "Kita masuk untuk menang. Persiapan kita untuk menang. Kita yakin menang. Harapan kita untuk menang.

"Banyak faktor yang menyebabkan kita memang kerana rekod prestasi calon kita," katanya.

ADS