Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes Kugan: 11 polis dipindah ke ibu pejabat
Diterbitkan:  Jan 24, 2009 3:15 PM
Dikemaskini: Jan 28, 2009 3:58 AM

Sebelas anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal dari balai polis Subang Taipan - di mana seoang pemuda A Kugan meninggal dunia dalam tahanan polis - telah dipindahkan serta merta semalam.

Menurut akhbar New Straits Times , Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mereka kini ditempatkan melakukan kerja-kerja pejabat di ibupejabat polis kontinjen di Petaling Jaya.

kugan ananthan funeral 230109 "Mereka dipindahkan untuk mempercepatkan siasatan. Kita menjangka ia dapat disiapkan dalam masa tiga hari.

"Pihak poli masih merakam dan mengumpul kenyataan. Sebaik sahaja siasatan siap, kami akan memutuskan tindakan selanjutnya," katanya.

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengklasifikasikan kematian pemuda berusia 22 tahun itu sebagai kes bunuh.

Pasukan penyiasat

Sementara itu, Bernama melaporkan, pasukan siasatan khas Bukit Aman telah mula merekod keterangan anggota polis yang bertugas ketika A. Kugan mati semasa dalam tahanan polis.

Pasukan tersebut yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Shatar Abdul Jalil, mula merekod keterangan daripada 11 anggota polis yang terbabit mulai hari Rabu.

"Mereka (polis) ini berusia 25 hingga 30 tahun dan dari daerah Subang Jaya serta berpangkat konstabel hingga lans koperal. Pasukan khas mengambil keterangan mereka di pelbagai lokasi termasuk di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi jaminan tiada 'cover-up' dalam siasatan kes kematian Kugan itu.

Kugan, 22, ditahan reman sejak minggu lepas kerana didakwa terlibat dalam kes samun kereta mewah, sebelum meninggal dunia ketika dalam tahanan di lokap Balai Polis USJ 8, Subang Jaya pada 11 pagi Selasa lalu.

Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan kematian Kugan mendakwa dia didera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya akibat paru-paru berair.

ADS