Purrfect Adventure kembali lagi!

Kali ini, pencinta kucing berpeluang meneroka dunia si manja dengan lebih dekat menerusi pengalaman interaktif Royal Canin Malaysia di Elmina Lakeside Mall, Shah Alam, sehingga 20 September (Ahad).

Menerusi falsafah Start of Life, Royal Canin menjadikan ilmu nutrisi berasaskan sains lebih mudah difahami melalui empat maskotnya, Finn, Brody, Oyen dan Luna — yang mewakili aspek penting dalam perkembangan awal kucing, termasuk sistem imun, pertumbuhan, perkembangan otak dan penglihatan, serta kesihatan pencernaan dan otot. 

Aktiviti menanti di setiap sudut

Rakam kenangan manis di Purrmily Portrait


Pengunjung boleh menyusuri lapan stesen di sana, masing-masing menawarkan pengalaman tersendiri — daripada menguji teknologi di Purr Tap Tech Corner, mendapatkan pandangan di Purr-fessional Vet Station dan di Cat Adoption, merakam kenangan di Purrmily Portrait, mencuba Purr Sport dan menghasilkan rumah kucing menerusi DIY Cat House Workshop, sebelum mengakhiri pengembaraan dengan hadiah percuma terhad untuk 250 pendaftar terawal.

Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai tip dan panduan tentang nutrisi serta keperluan si manja untuk menyokong kesihatan mereka sejak awal.


Di Purr Tap Tech, pengunjung boleh menguji pengetahuan menerusi soalan interaktif, mengumpul setem digital serta mempelajari tip penting untuk memastikan kucing kekal sihat.

Sementara itu, Purr-fessional Vet Station memberi peluang kepada pemilik untuk membawa kucing masing-masing untuk mendapatkan konsultasi berkaitan kesihatan dan penjagaan. Demi keselamatan, kucing perlu ditempatkan dalam carrier, stroller bertutup atau beg sepanjang berada di kawasan acara.

Memelihara kebajikan haiwan


Bagi yang ingin membuka hati dan rumah kepada si manja baharu, Lingy Cat Adoption pula membolehkan pengunjung meluangkan masa bersama kucing-kucing ini, mengenali personaliti mereka serta mendapatkan maklumat lanjut tentang proses pengambilan dan tanggungjawab yang perlu dipikul sebelum menyambut haiwan kesayangan sebagai sebahagian daripada keluarga.

Setiap stesen menawarkan aktiviti interaktif tersendiri yang menggabungkan elemen pembelajaran dan keseronokan, sambil memberi peluang kepada pencinta kucing untuk mengenali keperluan si manja dengan lebih dekat.

Jangan lepaskan peluang untuk mencipta rumah kucing rekaan anda sendiri menerusi DIY Cat House Workshop yang disediakan khas untuk para pengunjung


“Pengalaman di sini menyedarkan saya bahawa menjaga kucing bukan sekadar meluangkan masa, tetapi juga memastikan keperluan mereka dipenuhi, termasuk menyediakan nutrisi yang sesuai seperti Royal Canin Sterilised selepas proses sterilisasi,” kata seorang pengunjung.

Rangkaian lengkap makanan basah dan kering daripada Royal Canin menawarkan nutrisi tepat yang disesuaikan mengikut peringkat usia, baka dan keperluan kesihatan kucing anda.


Keperluan nutrisi kucing berubah mengikut usia, gaya hidup dan keadaan kesihatan. Justeru, pemilihan makanan yang tepat penting bagi memastikan si manja mendapat nutrien yang diperlukan pada setiap fasa kehidupan, sama ada ketika membesar, selepas proses sterilisasi atau apabila memasuki peringkat usia tertentu.

Purrfect Adventure menawarkan pengalaman bermakna yang meraikan ikatan istimewa antara haiwan kesayangan dan pemiliknya, sambil mengetengahkan komitmen Royal Canin terhadap nutrisi berasaskan sains.

Sebahagian besar aktiviti Purrfect Adventure turut disokong oleh program keahlian Royal Canin Club, yang menawarkan pelbagai keistimewaan dan ganjaran eksklusif. Daftar di SINI untuk menjadi ahli dan nikmati manfaat yang ditawarkan.

Jadi, tunggu apa lagi? Singgahlah ke Purrfect Adventure hujung minggu ini dan nikmati pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga!