KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”) semalam melancarkan PROM-Connect, sebuah platform digital yang diwujudkan bagi menyokong pengumpulan dan pengurusan Patient-Reported Outcome Measures (PROMs) secara lebih sistematik di seluruh rangkaian hospitalnya. Inisiatif ini menyokong usaha transformasi Penjagaan Berasaskan Nilai (Value-Based Care) Kumpulan di bawah KPJ Health System (“KPJHS”), sistem kesihatan akademik bersepadu swasta pertama di Malaysia.

Selain data klinikal dan operasi, PROMs membolehkan pesakit berkongsi penilaian mereka sendiri mengenai hasil rawatan yang diterima dan tahap fungsi serta kualiti hidup sepanjang perjalanan penjagaan kesihatan. Menerusi PROM-Connect, proses pengumpulan maklumat ini dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan sistematik menerusi platform digital sekali gus memudahkan pengumpulan dan pengurusan maklumat tersebut di seluruh rangkaian KPJ.

Johor Specialist Hospital (“JSH”) berperanan sebagai hospital perintis bagi pelaksanaan PROM-Connect. Ketika ini, program PROM sedang dilaksanakan di 14 hospital KPJ, manakala Kumpulan menyasarkan kesiapsiagaan ke arah pelaksanaan di 19 hospital menjelang akhir tahun 2026. Hospital yang mempunyai program PROM, tadbir urus dan aliran kerja yang telah tersedia akan disepadukan secara berperingkat ke dalam PROM-Connect, dengan peluasan seterusnya dirancang bermula tahun 2027.

Barisan pengurusan dan para hadirin bergambar kenangan sempena majlis pelancaran PROM-Connect.


Menurut Profesor Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid, Pegawai Pimpinan KPJ Healthcare, “Hasil rawatan klinikal kekal menjadi asas penting dalam menilai keberkesanan penjagaan kesihatan, namun ia tidak semestinya memberikan gambaran menyeluruh tentang pengalaman pemulihan pesakit atau sejauh mana rawatan yang diterima telah meningkatkan kualiti kehidupan harian mereka. Sehubungan dengan itu, PROMs membantu merapatkan jurang tersebut. Bagi KPJ, nilai PROM-Connect bukan terletak pada teknologinya semata-mata, tetapi pada keupayaannya membawa perspektif pesakit ke dalam cara kita menilai penjagaan dan mengenal pasti ruang penambahbaikan. Ukuran sebenar kejayaannya adalah sejauh mana maklumat yang diperoleh dapat membantu kita membuat keputusan yang lebih baik serta mencapai hasil rawatan yang lebih baik untuk pesakit.”

Professor Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid, Pegawai Pimpinan KPJ Healthcare Berhad


Susulan pelaksanaan perintis di JSH, Kumpulan akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh pelaksanaan, memperkemas aliran kerja serta mendapatkan maklum balas pengguna sebelum PROM-Connect diperkenalkan secara berperingkat di hospital-hospital lain mengikut tahap kesiapsiagaan masing-masing. Teknologi ini berperanan sebagai pelengkap kepada proses klinikal dan operasi yang menyokong pelaksanaan PROM. Namun begitu, kejayaannya tetap bergantung kepada komitmen hospital, penglibatan pengamal klinikal, kolaborasi multidisiplin serta penyertaan aktif pesakit.

PROM-Connect turut mencerminkan model KPJ Health System, yang mengintegrasikan amalan klinikal, pendidikan serta penyelidikan dan inovasi dalam usaha meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan pesakit secara berterusan. Hasil klinikal yang dilaporkan oleh pesakit (patient-reported outcomes) merupakan komponen penting dalam pendekatan ini kerana dengan pengalaman pesakit, ianya dapat dimanfaatkan untuk penambahbaikan merentas sistem, selaras dengan aspirasi Care for Life.


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi
advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my