KDEB Waste Management (KDEBWM) menjalin kerjasama dengan Caltex Malaysia bagi penggunaan Caltex StarCard untuk pembelian bahan api bagi lori kompaktor dan lori Armroll/RORO yang dikendalikan oleh subkontraktor lantikan KDEBWM.

Melalui kemudahan ini, subkontraktor dapat menggunakan Caltex StarCard bagi kenderaan yang didaftarkan untuk mengisi bahan api di rangkaian stesen Caltex yang menerima kad tersebut. Setiap kad dipadankan dengan nombor pendaftaran kenderaan bagi memudahkan pemantauan transaksi dan semakan perbelanjaan bahan api.

“Kami berbesar hati menjadi rakan strategik KDEBWM dan yakin bahawa kad armada Caltex StarCard kami akan mewujudkan proses yang jauh lebih lancar di seluruh organisasi bagi memantau keperluan pengurusan armada, dengan kawalan, kemudahan serta tahap keselamatan yang lebih baik. Rangka kerja bersepadu Caltex StarCard kami membolehkan mana-mana perniagaan memantau perbelanjaan dengan mudah, menjana laporan, melaraskan perbelanjaan armada dan banyak lagi menerusi peranti mudah alih atau web. Perniagaan juga boleh menikmati ketenangan fikiran hasil langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan, seperti pengaktifan kod PIN dan pengesanan aktiviti penipuan melalui pengesahan menggunakan StarCard Online. Perkara Ini adalah komitmen kami untuk mengoptimumkan aliran kerja perniagaan dan memaksimumkan kecekapan,” kata Leong Jee Wong, Pengerusi Caltex Malaysia.


Penggunaan Caltex StarCard turut membolehkan penetapan had pembelian serta penyediaan rekod transaksi dan penyata akaun yang lebih tersusun, tertakluk kepada terma dan syarat yang dipersetujui. Kemudahan ini membantu memperkemas pengurusan bahan api serta meningkatkan akauntabiliti penggunaannya dalam operasi harian.

Kerjasama ini merupakan usaha berterusan KDEBWM untuk menyokong kelancaran operasi subkontraktor dalam menyediakan perkhidmatan kutipan sisa domestik dan pembersihan awam yang cekap serta teratur kepada rakyat Selangor.

Bersama-sama kita menjaga kebersihan Selangor.


Kandungan ini disediakan oleh KDEB Waste Management.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi
advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my