Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memantau rapat perkembangan kualiti udara dan telah mengarahkan semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di bawah seliaannya supaya memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di lokaliti masing-masing.

Dalam hubungan ini, pengurusan IPT di kawasan yang mencatatkan IPU melebihi 201 diberi autonomi menentukan mod Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang bersesuaian bagi mengurangkan risiko kesihatan dan memastikan pembelajaran mahasiswa diteruskan. Aktiviti luar turut perlu dinilai dan disesuaikan berdasarkan bacaan IPU semasa.

Warga IPT diingatkan supaya merujuk maklumat rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta mematuhi panduan pengurusan IPT masing-masing.

KPT akan terus memantau keadaan dan menyesuaikan pendekatan pengoperasian IPT demi kesihatan, kesejahteraan dan kebajikan seluruh warganya.

Sumber : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)


Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my