Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. terus memperluas tawaran produk melangkaui kategori beras menerusi pelancaran Jasmine Krim Kelapa, produk baharu khusus untuk pengusaha restoran serta perusahaan kecil dan sederhana (SME).

Produk ini dilancarkan secara rasmi hari ini bersempena Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2026 yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.

Direka khusus untuk memenuhi keperluan perniagaan perkhidmatan makanan (Food Service), Jasmine Krim Kelapa mengandungi 24% kandungan lemak dengan tekstur yang lebih halus, berkrim dan konsisten dalam format 1 liter. Ia menawarkan nilai yang lebih tinggi dan praktikal untuk perniagaan.

Pelancaran Krim Kelapa ini merupakan satu langkah penting untuk Jasmine Food, daripada sebuah syarikat pemasaran beras kepada rakan penyedia penyelesaian sektor perkhidmatan makanan yang lebih menyeluruh, dengan memperluaskan portfolio produk berdasarkan citarasa dan keperluan masakan rakyat Malaysia.

“Jasmine Food sentiasa sinonim dengan beras berkualiti, namun kini kami bersedia untuk melangkaui kategori beras dan memperluas peranan sebagai rakan penyedia penyelesaian makanan untuk sektor perkhidmatan makanan. Jasmine Krim Kelapa dihasilkan dengan mengambil kira keperluan perniagaan, teksturnya halus, lebih berkrim, sesuai untuk pelbagai jenis masakan, dan yang paling penting, ia memberikan hasil yang konsisten dalam setiap hidangan,” kata Encik Alan Kwong, Ketua Pegawai Operasi, Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd.

Memperkenalkan semula Jasmine Santan Kelapa dan Ketupat Mini

Pelancaran ini turut menyaksikan Jasmine Food memperkenalkan semula rangkaian produknya di luar kategori beras, iaitu Jasmine Santan Kelapa 200ml dan Jasmine Ketupat Mini yang memenuhi keperluan isi rumah serta pengguna yang mencari pilihan mudah untuk penyediaan makanan harian.

Gabungan produk-produk ini mencerminkan strategi Jasmine Food untuk terus memperluas penawaran produk selain kategori beras, di samping kekal dekat dengan keperluan pengguna Malaysia serta sektor perkhidmatan makanan.

Kualiti, Nilai dan Jaminan Halal

Seiring dengan usaha Jasmine Food memperluas rangkaian produknya, syarikat terus meletakkan kualiti, nilai dan jaminan halal sebagai asas utama dalam pembangunan produk.

Semua produk Jasmine mendapat pensijilan Halal, ia mengukuhkan komitmen syarikat dalam memasarkan produk makanan yang dipercayai untuk pengguna Malaysia, perniagaan serta pasaran Halal yang lebih luas.


Kandungan ini disediakan oleh Jasmin Food Corporation Sdn. Bhd.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi
advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my