Sementara itu, Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk Tan Kok Liang menyambut baik pengumuman oleh Perdana Menteri mengenai pelbagai inisiatif ransangan terutama pendekatan baharu terhadap pelonggaran sekatan perjalanan.

“MATTA telah mengadakan libat urus dengan kerajaan sejak permulaan pandemik dan kami gembira pengumuman ini selaras dengan cadangan MATTA (untuk membantu industri pelancongan). Ini menunjukkan hubungan kuat antara kerajaan dengan sektor swasta yang merupakan kunci kepada pemulihan pelancongan.

“Kami berharap inisiatif ini akan membantu lebih 5,000 ejen pelancongan melalui waktu sukar ini. Industri ini juga menantikan pembukaan semula sempadan antarabangsa berikutan pemberian suntikan vaksin sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

-- BERNAMA

 

TAG: Nancy, MOTAC, PEMERKASA, MATTA, pelancongan

 


HN HS HAZ